Ninja Perempuan dari Negara Iran

Photobucket
Anda pernah dengar dengan Ninjutsu? Ya Ninjutsu merupakan salah satu satu sukan mempertahankan diri yang cukup dikenali di dunia. Seni mempertahankan diri ini kononnya boleh melumpuhkan dengan cepat lawan yang menyerang kita.
Sukan ini rupanya juga menarik perhatian kaum wanita Iran. Di Iran, perguruan Ninjutsu yang terletak di Karaj, 45 km di sebelah barat laut Teheran.
Dalam gambar yang diambil pada 13 Februari 2012 itu mereka telah mempertonton kepakaran mereka dalam penguasaan ilmu bela diri Ninjutsu. Sehingga ini lebih kurang ada 3,000 hingga 3,500 orang wanita yang sudah dilatih Ninjutsu. Mereka ini mahir menggunakan pedang, panah dan senjata berbahaya lain.





Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

sumber: www.isuhangat.net.

Ditangkap Kerana Menutup Aurat

Mereka dihalang, disekat, ditangkap dan dipaksa supaya menanggalkannya.
Kita di Malaysia sebaliknya, sewenangnya biasa, masih suka dengan pakaian yang mendedahkan Aurat, sendat, ketat, jarang, nipis, singkat, terbelah dan seumpamanya.


Mereka bersusah payah, walau dihina, ditekan, berusaha juga melaksanakan ketetapan Agama. Mereka takut membangkanginya. Kita tiada sedikitpun sekatan, bahkan malu pula, dipandang, dirasa lain bila menyempurnakannya.
Duhai saudari-saudari seIslamku. Tutuplah dengan sempurna Aurat anda. Perbuatan tersebut amat-amat terlalu besar kesan Fitnahnya. Ingatlah… Ingatlah… akan Sabda Nabi saw tentang 2 golongan penghuni Neraka itu.
kredit
sumber: www.isuhangat.net.

Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat

Kisah ini dikutip dari FB Page Kami Boikot Buletin Utama TV3
Kisah Mualaf
Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna… Mereka Peluk Islam Sebab Nak Jadi Penganut Islam Sejati Sedangkan Kita Yang Nyata-Nyata Islam Tak Menghargai Ajaran Yang Dibawa Oleh Nabi Kita… Sama-Sama Kita Renungkan Kisah Ini…
Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.





Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Download video:
http://lnk.co/INSVW
Sumber: www.isuhangat.net.

Password Paling Canggih


Saintis berjaya mencipta sistem keselamatan baru. Sistem ini menggunakan denyut seseorang untuk dijadikan password dan denyut jantung tiap orang sangat unik iaitu berbeza kepada setiap orang.
Saintis di China menemui cara untuk mengenalpasti secara matematik denyut seseorang secara segera dan menggunakannya sebagai password.
“Kerana signal elektrokardiogram setiap orang berbeza-beza, ini bolrh dijadikan pengenalan biometrik,” kata pengkaji di National Chung Hsing University di Taichung, Taiwan.

Ketua saintis Chun-Liang Lin menggunakan dua alat pembaca ECG dari telapak orang untuk menentukan properti matematik unik denyut jantung mereka. Hasilnya, mereka menemui angka ini boleh digunakan untuk password, dan sistem ini sangat selamat.
Sistem biometrik menggunakan cap jari boleh dirakam menggunakan gambar namun sistem denyut ini tidak. Kita tunggu saja kalau-kalau jadi kenyataan.
Sumber: www.isuhangat.net.

Luar biasa - 50 Ribu Galaksi

Allah berfirman:
DIALAH YANG MENJADIKAN BUMI SEBAGAI HAMPARAN BAGIMU DAN LANGIT SEBAGAI ATAP DAN DIA MENURUNKAN AIR (HUJAN) DARI LANGIT LALU DIA MENGHASILKAN DENGAN HUJAN ITU SEGALA BUAH-BUAHAN SEBAGAI REZEKI UNTUKMU; KERANA ITU JANGANLAH KAMU MENGADAKAN SEKUTU-SEKUTU BAGI ALLAH PADAHAL KAMU MENGETAHUI. (AL-BAQARAH : 22)
hamparan permaidani bumi galaksi





Gambar ini menunjukkan hampir 50,000 galaksi di alam semesta terdekat, yang dikesan oleh Micron Dua Semua Sky Survey (2MASS) dalam cahaya inframerah.
Gambar yang dihasilkan adalah permadani yang luar biasa dari galaksi yang membantu saintis memahami bagaimana alam semesta terbentuk dan berevolusi. Ini adalah peta 3-D paling lengkap dari alam semesta bumi (ke jarak 380 juta tahun cahaya) yang pernah dibuat.
Ini dibuat menggunakan data dari Thomas H. Jarrett, yang bekerja sebagai jurutera teleskop ruang angkasa Spitzer WISE dan serta saintis sokongan untuk 2MASS.
Subhanallah, jika galaksi bumi milky way atau bimasakti hanya sekecil itu, betapa kecilnya kita lagi di sisi Allah?
ALLAH MAHA BESAR!
Sumber: www.isuhangat.net.

Berhati-hati Dengan Dinding Facebook





Mark Elliot Zuckerberg (lahir pada 14 Mei 1984 yang menjadi CEO facebook pada mulanya hanyalah seorang programmer komputer dan peniaga Internet sperti diketahui adalah seorang Yahudi.
Facebook dibangunkan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan teman sekuliahnya iaitu Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes ketika menjadi mahasiswa di Universiti Harvard.
Pada tahun 2010, Zuckerberg terpilih sebagai Person of the Year versi majalah Time.Pada 2011, kekayaan peribadinya dianggarkan lebih kurang $17.55 billion.
Ada pihak yang mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau dalam bahasa Melayu Tembok Ratapan.


Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka,meluahkan harapan,ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.
Tembok Meratap atau Tembok Barat (Bahasa Ibrani: הכותל המערבי, translit.: HaKotel HaMa’aravi) (Bahasa Arab: حائط البراق‎, translit.: Haa-et Al-Buraaq) ialah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman A.S, putera Nabi Daud.
Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar (Arab: قبة الصخرة, Qubbat As-Sakhrah), serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.
Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja.
Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya “Shekhinah” (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi).
Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.

Tembok ini dulunya dikenalisebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut “Tembok Ratapan” kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.

Hati-hatilah sahabat, tanpa kita sedari, mungkin kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada bersolat dan zikir kepada ALLAH SWT.



So…? Sendrik mau ingat!

Sumber: www.isuhangat.net.