29 Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W


Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!
jubah Rasulullah SAW
Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.

Sama-sama peringat.
jubah Rasulullah SAW
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.
jubah Rasulullah SAW
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Sandal Rasulullah S.A.W
jubah Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.
jubah Rasulullah SAW
Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW
jubah Rasulullah SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.
jubah Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
jubah Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah
jubah Rasulullah SAW
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW
jubah Rasulullah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW
jubah Rasulullah SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
jubah Rasulullah SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW
Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …
Kongsikan bersama teman-teman.

Sumber: Here

Ngeri! Kepala Koyak Selepas Tercampak Dari Gelongsor Air Di Melaka


Ngeri! Kepala Koyak Selepas Tercampak Dari Gelongsor Air Di Melaka | Cutisekolah sudah pun bermula dan sudah tentu ramai ibu bapa mula menghabiskan masa membawa anak-anak pergi bercuti. Banyak tempat pilihan yang boleh kita kunjungi, antaranya seperti Zoo, taman tema air dan sebagainya. Namun baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang menjadi igauan ngerikepada seorang budak lelaki. Budak ini dipercayai telah tercampak dari gelongsor air ketika sedang menuruni gelongsor tersebut. Tidak semena-mena budak lelaki ini menerima puluhan jahitan akibat dari kecedaraan itu.
Keseronokan seorang pelajar mandi-manda di sebuah taman tema air di Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi igauan buruk ketika bermain salah satu gelongsor air di situ.
Akibat kejadian itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, Muhammad Aiman Afzal Suhaizam, 14, mengalami pendarahan otak dan tempurung kepalanya retak selepas terjatuh pada ketinggian kira-kira empat meter dari permainan gelongsor air boomerang dalam kejadian 20 November lalu.

Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Sharina Wahab, 39, mendakwa, dalam kejadian itu, kepala anaknya terhantuk sehingga terpaksa menerima 30 jahitan selain lebam di lutut, tangan dan tengkuk.
Dakwanya, anaknya pergi ke situ selepas mengikuti percutian selama empat hari anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis melibatkan rombongan kira-kira 80 orang terdiri daripada pelajar dan guru bermula 19 November lalu.
Kejadian disebabkan kecuaian petugas yang menyelia permainan gelongsor tersebut apabila dia melepaskan Aiman dalam keadaan berpusing-pusing sehingga anak saya terpelanting keluar.
“Ekoran itu, Aiman terjatuh ke lantai konkrit dari ketinggian empat meter menyebabkan kepala anak saya terhantuk selain kesan lebam di lutut, tangan dan tengkuk sehingga menerima 30 jahitan,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Padi di sini semalam.
Dakwanya lagi, sebelum itu, Aiman telah meminta penyelia terbabit supaya tidak memusingkan pelampung yang dinaiki namun tidak diendahkan.
Menurut Sharina, dia kini resah dan risau apabila doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat anaknya memaklumkan yang Aiman bakal mengalami simptom pening dan sakit kepala seumur hidup.
“Kini anak saya sering mengantuk selain lesu setiap kali bangun tidur dan keadaan itu telah mengubah kehidupan anak saya yang sebelum ini ceria,” dakwanya.
Ujar Sharina, apa yang dikesalkan pihak taman rema air tersebut dan JPN Perlis mendiamkan diri selepas kejadian itu.
Sementara itu Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa ketika dihubungi menyatakan, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
Dalam pada itu di Melaka, jurucakap taman tema tersebut memberitahu, pihaknya tidak pernah lepas tangan mengenai kejadian berkenaan dan sedang menunggu laporan penuh perubatan untuk tindakan lanjut.
Kami telah menyediakan ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka sebaik kejadian sebelum dia dirujuk ke HKL.
“Kes ini pertama kali berlaku sejak kami mula beroperasi pada 15 Mei 2010,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, kejadian mungkin berlaku apabila posisi badan mangsa yang ketika itu menggunakan pelampung tidak stabil sehingga dia tercampak keluar.
Sumber : Informasi

Tangisan Rasulullah SAW


Suatu malam Rasulullah saw menangis semalam suntuk. Beliau terus dalam keadaan solat hingga waktu Subuh sambil terus menerus membaca ayat berikut ini :
“Jika Engkau seksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Perkasa lagi Bijaksana”
“Ya Allah, jika Engkau mengazab mereka, maka Engkaulah penentunya, mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan Engkaulah adalah pemiliknya. Sedangkan pemilik berhak menghukum hambanya yang bersalah. Tetapi jika Engkau memaafkan mereka, maka sesungguhnya Engkau pulalah penentunya. Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maka Engkau pun berkuasa untuk memberi maaf. Engkau pun Maha Bijaksana, maka memaafkan mereka juga sesuai dengan kebijaksanaan-Mu “ (Bayanul Qur’an)

Imam Adham rah.a diriwayatkan pernah pada suatu malam terus menerus membaca ayat :
“Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa.”
(QS. Yasin 59)
Hikmah : Ayat ini mengandung makna bahwa pada hari kiamat orang-orang yang durhaka diperintahkan untuk berpisah dari orang-orang yang berbakti kepada Allah dan tidak diperbolehkan bergaul dengan para solehin sebagaimana yang pernah dilakukan mereka ketika di dunia.
Membayangkan peristiwa yang akan terjadi, maka mereka yang bertaqwa sering menangis kerana takut dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang engkar kepada Allah pada hari hisab kelak.
Ayuh kita muhasabah diri kita hari ini. Di mana kah kita hari ni?
Kredit to AL-Hikmah

Kasihan! Lengan Kiri Si Kecil Hancur ‘Dimamah’ Mesin Santan


Kasihan! Lengan Kiri Si Kecil Hancur ‘Dimamah’ Mesin Santan | Bekerja menggunakan sesuatu mesin, memerlukan kita memberikan sepenuh perhatian. Lebih-lebih lagi jika mesin tersebut mempunyai fungsi seperti mesin tebu, pemotong besi dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, banyak kes terjadi apabilapekerja  bernasib kurang baik apabila tangan mereka menjadi mangsa mesin automatik tersebut. Terbaru, satu kes telah berlaku di mana, lengan seorangkanak-kanak hancur berpunca daripada sebuah mesin pemerah santan.
'

“Dalam keadaan isi lengan kirinya terkeluar dan tulang hancur, saya terus mendukungnya sambil membonceng motosikal ditunggang seorang jiran ke klinik sebelum anak saya dirujuk ke hospital,” kata Nik Nur Aida Rozali, 26, ibu kepada Aisy Mirza Mahadi, 3, yang kudung tangan kiri selepas tersepit mesin pemerah santan dalam kejadian di Kok Lanas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan tidak menangis,sebaliknya menjerit memanggil ibunya supaya menyelamatkannya.
Menceritakan kejadian itu, Nik Nur Aida berkata, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual santan sebelum itu ditemani anak lelakinya.
Menurutnya, dia kemudian pergi ke sinki untuk membersihkan peralatan mesin pemerah itu tanpa menyedari suis mesin masih belum ditutup.
“Anak saya seorang yang aktif dan tidak sedar dia bermain berhampiran mesin sebelum mengambil kerusi dan memanjat mesin berkenaan.
Sumber : Harian Metro

Ngeri! Kereta Honda Bersepai Bertembung Lori


Ngeri! Kereta Honda Bersepai Bertembung Lori | Masih ingat lagi tentang peristiwa sebuah motosikal yang  cuba memotong sebuah kenderaan tetapi gagal? (LINK), kali ini giliran  seorang pemandu kereta Honda pula. Honda yang dipandu seorang lelaki cuba memotong kenderaan, namun usahanya ternyata gagal dan menempa maut. Lihat sahaja gambar di bawah ini, kereta honda bersepai hancur.
Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Teluk Intan – Klang
Seorang lelaki maut setelah kenderaan dipandunya dirempuh dari arah hadapan sebuah lori kontena dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Teluk Intan – Klang, awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohammad berkata, kejadian jam 12.45 pagi itu berlaku apabila kereta Honda dipandu mangsa cuba memintas kenderaan di hadapannya, namun gagal sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Menurutnya, mangsa yang berumur lingkungan 22 tahun berkenaan tidak berjaya untuk memintas kenderaan di hadapannya menyebabkan dia terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh lori kontena terbabit
“Lori kontena berkenaan difahamkan dalam perjalanan menuju ke Butterworth bagi menghantar barang muatan ke sana.
Bomba mengambil masa kiri-kiri 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Noor Mushar berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas pertembungan berkenaan.
Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) bagi menerima rawatan, namun disahkan meninggalkan dunia jam 2 pagi.
“Pemandu lori turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar selepas kejadian bagi membantu siasatan terperinci dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu, Mushar turut menasihati pemandu berwaspada memandu terutamanya pada musim cuti persekolahan ini.
“Saya berharap pemandu dapat memandu dengan lebih berhemah supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan khususnya pada musim cuti persekolahan ini,” katanya.
Sumber : Sinar Harian

Suami Maut Isteri Cedera Parah Bertembung Pacuan Empat Roda


Suami Maut Isteri Cedera Parah Bertembung Pacuan Empat Roda | Kita sering diingatkan bahawa sentiasa berhati-hati memandu kereta terutamanya apabila hujan lebat. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah memasang lampu dan memandu secara perlahan. Apa yang kita lihat pada hari ini, ramai pemandu yang suka bertindak memasang lampu kecemasan dan ini  mengelirukan isyarat bagi pemandu yang lain. Namun dalam keadaan hujan lebat ini juga, terdapat sebuah kereta telah mengalami kemalangan jalan raya dan mengakibatkan dua orang mati dan beberapa orang lain cedera.
Seorang lelaki dan anaknya maut manakala isterinya cedera parah pada bahagian kepala selepas kereta jenis Wira Aeroback dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang terbabas dari arah bertentangan berhampiran Balai Polis Telok Panglima Garang di Kilometer 16, Jalan Klang-Banting, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa, Azhar Mohamad Jafar, 40, dan anaknya meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika hujan lebat apabila pemandu yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari arah Klang menuju ke Bantingtidak dapat mengawal kenderaan di selekoh akibat hujan lebat.
“Sampai di tempat kejadian, pemandu terbabit terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan sebuah  kenderaan Wira Aeroback yang cuba mengelak terbabit dalam kemalangan.
“Pada masa sama, sebuah kereta lain dipandu oleh pasangan suami isteri turut merempuh bahagian belakang kereta mangsa,” katanya.
Isteri Azhar dan pasangan suami isteri terbabit masih lagi dirawat di HTAR akibat cedera parah.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan kejadian itu dan memberitahu bahawa punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Sumber : Sinar Harian

21 Gambar Kemalangan Maut Di Simpang Ampat Lebuh Raya Plus



gambar kemalangan maut
Ada 32 lagi keping gambar kemalangan maut di PLUS highway dengan baca entri ini sepenuhnya. Kalau lemah jantung/lemah semangat jangan tengok.
P.S: Dah buang beberapa keping gambar yang menyeramkan sangat. Takut ada yang pengsan tengok.
Update LATEST: Disebabkan email dah jam semua orang mintak hantar gambar full set, kami dah letakkan balik semua gambar kat sini. So please don’t email lagi ye. Thanks. 
gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut
gambar kemalangan maut