ALIFF AZIZ DAKWA ANNE NGASRI MUNGKIR JANJI

Rumah siap pahat berbunyi! 

Demikianlah halnya dengan keputusan Anne Ngasri untuk berkahwin dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, pada 22 Disember 2012. Bekas kekasih Anne, penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz mendedahkan kononnya hati beliau terluka gara-gara Anne mungkir janji untuk menikahinya. 

"Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan. 

Klik untuk imej besar...
 


"Memang perancangan itu menjadi tetapi sayangnya lelaki yang dipilih Anne bukanlah saya tetapi orang lain. 

"Sebelum ini, Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika jodoh kami tidak menjadi, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya," jelas Aliff kepada media di Holliday Villa, Subang jaya, Selangor, semalam. 

"Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka. 


 

"Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini. 

"Luka yang terlalu mendalam ini tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon kepada-Nya supaya kesakitan yang dirasai dapat dikurangkan selain berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya," ujarnya terus-terang. 

"Saya tak tahu di mana silapnya hubungan kami. Mungkin saya terlalu ramah dengan orang lain sehingga membuatkan dia (Anne) ragu-ragu terhadap kejujuran saya sehingga ia menjadi masalah kepada perhubungan kami. 

"Kegagalan hubungan ini merupakan satu pengajaran yang besar dan mengingatkan saya supaya jangan mengabaikan orang yang kita sayangi kerana Tuhan boleh menarik cinta itu dengan serta merta. 

"Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga terutamanya ibu bapa Anne kerana menyayangi saya seperti anak mereka sendiri dan halalkanlah makan minum saya," ujarnya yang sempat menjalin cinta dengan Anne selama lapan bulan. 

Untuk info, Anne yang telah bertunang dengan Mohd Sumali 11 November lalu dan bakal bernikah di rumah keluarga pihak lelaki di Pontian, Johor, Disember ini. Keputusan Anne itu menyebabkan ramai pihak menyangka Aliff tidak serius dalam percintaannya dengan Anne sebelum ini hingga menyebabkan Anne tawar hati padanya. 

Sumber: Here