(Kemalangan Ngeri) 12 Terbunuh.. Dekat Perhentian Pedas/Linggi

Satu kemalangan ngeri berlaku berhampiran perhentian Pedas/ Linggi mengakibatkan 12 orang terbunuh. Ianya berpunca apabila sebuah bas ekspres, dipercayai bas ekspres Delima, daripada arah Johor Bahru terbabas dan memasuki arah yang bertentangan. Bas ekspres tersebut merempuh beberapa kenderaan termasuk sebuah bas Kebajikan Masyakat lalu terbalik. Disini saya mengambil peluang mengucapkan takziah pada semua kaum keluarga yang terlibat. Saya juga begitu terharu, dalam keadaan kelam kabut itu, ada dua orang doktor berbangsa cina, mungkin suami isteri, sanggup meninggalkan kenderaan mereka sejauh 5 km, untuk memberi bantuan kepada mangsa di tempat kejadian. Satu sikap yang amat terpuji.Apa yang saya boleh buat cuma menahan sebuah kenderaan Pertahanan Awam untuk dinaiki doktor tersebut. Saya berharap lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap sedemikian.