(Gambar) Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir

Bugatti Veyron ni adalah kereta termahal yang berada di pasaran sekarang. Boleh mencapai kelajuan 407 km/h, tapi kalau nak bawak kat Malaysia sampai 407 km/h agak mustahil. Roadtax untuk Bugatti Veyron boleh beli kereta Savvy sebijik, RM 24,598.50. Ada gambar sebagai bukti. Tapi kat Malaysia ada kereta Lamborghini yang roadtaxnya RM 37 ribu. Lagi mahal, walhal kereta Bugatti Veyron lagi enjin besar, dan lagi laju. Minyaknya, RM 10 untuk 1km, Panchor pergi Muar jer, RM 300 untuk 30km.Jom kita tengok Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir.








Sumber: beritaserius

Ketahui Facebook Page Ustaz Azhar Idrus yg asli, Biodata Ustaz Azhar Idrus Sebelum Dan Selepas Bergelar Pendakwah


Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.


Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Nama : Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir : 12 Februari 1964
Berasal : Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi : Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.


Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.

Top 10 Bangunan Paling Tinggi Di Dunia !


Gambar bawah ni aku saja letak untuk lihat jarak perbezaan diantara bangunan tersebut.

10. Menara Jin Mao (Shanghai) 
Menara ke-10 tertinggi didunia dengan ketinggian 420.5 m, terletak dikawasan Lujiazui daerah Pudong Shanghai

9.Trump International Hotel and Tower (Chicago) 
Juga dikenali sebagai Trump Tower Chicago, memiliki ketinggian 1389 kaki (423 m) termasuk puncak menara.

8.Guangzhou West Tower (Guangzhou)
Guangzhou West Tower merupakan sebuah bangunan awam dengan ketinggian 1558 kaki (475 m)


7.Willis Tower (Chicago)
Pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia yang dahulunya dinamakan sebagai Sears Tower dengan ketinggian 1,451 kaki (442 m).

6.Nanjing Greenland Financial Center (Nanjing) 
Daerah Nanjing yang terletak di negara China dengan ketinggian 1480 kaki (450 m), merupakan bangunan ke-2 tertinggi di China

5.Menara Berkembar Petronas (Kuala Lumpur) 
Juga pernah menjadi sebuah menara tertinggi di dunia suatu ketika dulu sebelum diatasi oleh Taipei 101 dengan ketinggian 1483 kaki (452 m). Tambahan : Menara Telekom berada ditempat ke-53 dunia.

4.International Commerce Centre (Hong Kong) 
Terletak di bandar Kowloon, China, dengan ketinggian 1588 kaki (484 m) 3.Shanghai World Financial Center (Shanghai) Pusat kewangan dunia dengan ketinggian 1,614 kaki (492 m)

2.Taipei 101 (Taipei) 
Bangunan ke-2 teringgi di dunia dengan ketinggian 1,670 kaki (509 m)

 1.Burj Khalifa (Dubai) 
Awalnya dikenali sebagai Burj Dubai dan kini telah menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dengan jarak ketinggian yang amat ketara iaitu 2,717 kaki (828 m).

Wanita Pelik Makan Ayam Hidup Setiap Hari

 Wanita Pelik Makan Ayam Hidup Setiap Hari


Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.


Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!
Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Gara-Gara ‘Girlfriend’ Bergambar Dengan Duit, Si Pakwe Diberkas Polis!


Posted on 30 December 2012. http://i.imgur.com/0og7H.jpg 

Kata orang ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah’.
Itulah yang berlaku kepada sepasang pasangan kekasih di negara China, baru-baru ini.
Ceritanya apabila si teman wanita yang berkerja di kelab malam Zhenjiang ini telah mengambil gambar bergaya sakan dengan duit kertas yang bertimbun.

Lalu memuat naik gambar berkenaan di internet. Tujuannya untuk ‘show off’ dengan rakan-rakan.
Namun, tindakannya yang ingin berlagak itu telah membawa padah kepada penangkapan teman lelakinya yang berusia 50-an dan dikenali dengan nama Chen.
Rupa-rupanya, Chen ini adalah ketua pengedar dadah yang bergerak aktif di Fujian dan Jiangsu!

Kan dah kena… Siapa suruh nak berlagak lagi!
http://i.imgur.com/2wCRk.jpg
Sumber

5 negara paling bahaya untuk wanita


http://i.imgur.com/Q4Jtb.jpg
Afghanistan
Sahar Gul, gadis diseksa suami
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.
Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.
Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.
“Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan  lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.
Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.
Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.
Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan
Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.
Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.
Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.
Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.
Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.
Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.
India
Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.
Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.
Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.
Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.
Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.
Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.
Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

sumber

Kejam 3 Tahun Singa Dililit Dawai Besi



http://i.imgur.com/wlrVj.jpg
Kisah Benar Singa Yang Lehernya Dililit Dawai Untuk 3 Tahun.
Seekor singa betina di Tanzania masih hidup walaupun lehernya dililit dawai untuk 3 tahun. Sepanjang penyeksaan itu, dia telah dijaga baik oleh sekumpulan singa yang lain dengan mencari makanan untuknya. Pada Ogos lepas, pihak Rangers dari Mikumi National Park berjaya memutuskan dawai tersebut. Kini singa tersebut tengah dalam masa penyembuhan.

http://i.imgur.com/mwVAO.jpghttp://i.imgur.com/xRgb1.jpghttp://i.imgur.com/zzwwJ.jpg

Isteri dipukul sampai mati, suami ditahan


http://i.imgur.com/L5HGs.jpg
ALOR SETAR – Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin enam bulan lalu itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah di sini semalam.
Kejadian pukul 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi.
Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu dan bapa mertua mangsa tiada di rumah kerana pergi ke rumah anak mereka di Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis percaya kejadian itu bermotifkan cemburu namun pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.
“Sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mereka keluar dengan menunggang motosikal dan pulang 15 minit kemudian sambil diekori seorang lelaki yang menaiki motosikal berasingan.
“Sebaik tiba di rumah, suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh. Semasa pergaduhan itu, mangsa cedera selepas dipukul di kepala dengan objek keras,” katanya kepada pemberita di sini.
Lelaki itu kemudian beredar manakala suami mangsa membawa isterinya masuk ke dalam rumah.
Menurut Mohd. Zakaria, polis telah menahan tiga lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kesemua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an. Dua lelaki itu merupakan kenalan pasangan tersebut.
“Kita anggap kes ini selesai dengan penangkapan tersebut,” katanya yang memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, dia bergegas ke rumah mangsa yang terletak berdekatan dengan kediamannya selepas terdengar pasangan itu bertengkar.

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 – MINGGU 7


Maharaja Lawak Mega 2012 – Minggu 7 | Disini ada beberapa video Maharaja Lawak Mega 2012 untuk minggu yang ke 7. Anda boleh saksikan video dibawah sebelum ianya disekat oleh pihak yang berkenaan. Kredit juga kepada uploader, diatas usaha anda ini.bukannya suka sangat MLM 2012 ini namun dek kerana permintaan ramai (hasil carian tinggi di blog) dan tidak mahu mengecewakan anda, ammboi share kan video dibawah.

Video Youtube Maharaja Lawak Mega 2012 – Minggu 7 :

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[Video] PIALA FRENZ – KEPUTUSAN PENUH DAN GOL MALAYSIA 5-0 SLAVIA PRAHA 28 DISEMBER 2012

Piala Frenz – Keputusan Penuh Dan Video Gol Malaysia 5-0 Slavia Praha 28 Disember 2012 | Perlawanan pembukaan Piala Antarabangsa Frenz (Frenz International Cup) antara Malaysia (B15) lawan Slavia Praha dari Republik Czech sudahpun tamat. Pemain muda negara berjaya mengalahkan Slavia Praha 5-0 dalam perlawanan yang ternyata berkelebihan kepada Malaysia.

keputusan malaysia vs slavia praha 28 disember 2012


Dibawah ada Video Gol Malaysia 5-0 Slavia Praha 28 Disember 2012 :

sumber

JOM BACA PETUA KURUSKAN BADAN


Jom Baca Petua Kuruskan Badan | Zaman serba canggih ni kalau kita tak jaga badan memang banyak penyakit menanti kita. Selain itu bagi kaum hawa pula, mereka perlukan bentuk tubuh yang menawan selain dari kesihatan yang baik. Oleh itu, munculah pelbagai ubatan atau produk untuk kuruskan badan selain meningkatkan keupayaan tubuh. Namun ramai di luar sana gagal mengawal perbelanjaan mereka dan akhirnya kecewa apabila keputusan yang dapat tidak seperti yang di idamkan.
  1. Elakkan makanan ringan – Cuba elakkan memakan sebarang makanan ringan kerana makanan ini tidak mengandungi sebarang khasiat sebaliknya kawal kalori di dalam badan anda dengan cara pemakanan yang sedikit tetapi kerap.
  2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Ambil makanan yang berkabohidrat ini seperti nasi dalam jumlah kuantiti yang sikit.
  3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
  4. Menu makanan yang betul –Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang.
  5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dan sebagainya.
  6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
  7. Banyakkan minum – Sentiasa minum dan amalkan lapan gelas air kosong sehari.Elakkan minuman soda.
  8. Bersenam – Akhir sekali pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30minit sehari. Aktiviti di luar rumah seperti berjalan dan berjogging di tempat-tempat riadah amat sesuai dilakukan setiap petang atau setiap kali masa terluang.
Logo-KCHS-2001_BM

Mudah-mudahan dengan tips-tips yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk memiliki badan yang diidamkan dan kesihatan yang baik. Teruskan usaha dengan konsisten agar misi anda berjaya untuk sihat, kelihatan kurus, lansing dan menawan. Semoga Berjaya!

JADUAL PERLAWANAN DAN SIARAN LANGSUNG (LIVE) PIALA FRENZ 2012 - 2013


Kejohanan Piala Antarabangsa Frenz B15 2012 itu akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Stadium Shah Alam dan Stadium Institut Penilaian Negara (Inspen) di Bangi dari 28 Disember 2012 hingga 6 Januari 2013 depan. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$103,000 (RM320,000).
Jadual perlawanan Kejohanan Piala Antarabangsa Frenz B15 2012 dan info siaran langsung adalah sebagaimana dibawah :
Frenz-Tournament-standings1

Pok-kopok

Kelawar Berkepala Manusia Menggegerkan Warga Probolinggo

Keresahan warga kampung Sumber Satu, daerah Kedopok, Kota Probolinggo selama ini akhirnya terungkap. Seekor kelawar yang diduga sebagai makhluk pesugihan bernama ‘pok-kopok’ yang kerap mencuri wang para warga itu akhirnya tertangkap.

Kelawar jadian yang memiliki bulu di bahagian tubuhnya yang berwarna oren dan bersayap hitam itu ditemui pertama kali oleh seorang penduduk bernama Akhmad (65). para penduduk yang melihat keanehan jenis kelawar itu, langsung menangkap dengan menggunakan alatan yang ada seperti jaring, kayu dan senjata tajam.

Mereka menganggap, kelawar berwarna oren agak kecokelatan itu, sebagai makhluk jadian. ini kerana mereka jarang melihat kelawar seperti itu. Selain warna tubuhnya tidak hitam seperti kelawar biasa, matanya juga berwarna merah. Kehadirannya kuat untuk mengesahkan yang ia masuk ke rumah Sudarmo tepat pada malam Jumaat Legi, hari yang suci bagi warga tertentu.

“Saya tak pernah melihat kelawar seperti ini. Ini bukan kelawar biasa, ini pasti Pok-kopok (kelawar jadian). Haiwan ini sering mencuri wang,” ujar Khofi, warga setempat.

Dengan tertangkapnya haiwan yang jarang ditemui ini, warga jalan KH Hasan Genggong Gang Bayusari VIII, agak lega. ini kerana, haiwan yang sering mencuri wang itu, telah tertangkap.

“Sebenarnya warga di sini tidak ada yang kehilangan wang. Tidak tahu kalau di daerah lain. Kebetulan kelawar ini tersasar ke sini,” ujar Miftahul Huda, tokoh pemuda setempat. Menurut Huda, setelah haiwan itu tertangkap, warga setempat menjadi ketakutan kerana takut diapa-apakan.

Untuk terus hidup, Busar meletakkan pisang di dalam balang itu untuk makanannya. “Ya, biarkan ia hidup. Kalau memang Pok-kopok ini wujud, pasti ada yang punya. Kita tunggu saja pemiliknya. Dan kalau ini kelawar biasa, apa salahnya memelihara binatang yang jarang ditemui,” tambah Huda.

Kononnya, menurut cerita warga setempat, Pok-kopok sengaja dilepaskan oleh pemiliknya untuk mencuri harta orang lain. Ia dipelihara oleh seseorang agar menjadi kaya, tanpa harus bekerja. ”Katanya kalau Pok-kopok ini ditangkap dan dibunuh, maka tuan punya juga akan ikut mati,” kata Huda, lelaki yang pernah mendalami dan pernah berguru dengan makhluk-makhluk itu.

Apakah kelawar itu pok-kopok atau bukan, masih menjadi tanda tanya, tetapi warga setempat cukup terhibur melihat haiwan itu.

Misteri segitiga Bermuda



Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.
Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.
Tidak cukup bila menghuraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus pada penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa “lubang di langit”. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dikesan. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya pertanyaan tanpa jawapan.
Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.
Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?
Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai zaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam. Didasar lautnya terdapat pegunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.
Segitiga Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan Karibia merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang aneh, seperti cahaya-cahaya yang tak jelas asalnya, bayangan-bayangan yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tak jelas tapi lebih besar dari ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang (jadi bukan halusinasi).
“Obor-obor raksasa” tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga fizik. Mungkin “obor-obor raksasa” itu bukan binatang, melainkan pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya terdapat di pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan. Lautan itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh anak kapal pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya. Mungkin itu adalah percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain? Tetapi pihak Amerika tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di sana adalah ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana.
Ada sebuah tempat di perairan Boca Raton, yang di sana terdapat sebuah paip bergaris tengah 20 cm. Jelas bukan milik Amerika (untuk lebih lanjut: Orang Bumi). Peristiwa ini dilihat oleh pasangan suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka melihat sebuah tiang asap disana, dan ketika kelihatan sebuah paip muncul dari dasar laut yang mengeluarkan asap. Asap tersebut tidak mengeluarkan bau dan ianya berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah paip itu disambungkan dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang menyebabkannya?
Lagi pun laut itu cukup dalam, sehingga mereka tak berani menyelam untuk melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami kerosakan engin dan berusaha mendarat cemas di laut.
Melihat kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah berbagai macam bentuk teori yang mungkin bercanggah di antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan kapal serta pasawat di situ ialah:
  1. Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut.
  2. Adanya bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehingga mungkin saja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air.
  3. Ditemukan Blue Hole, tapi masih diragukan, karena kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole.
  4. Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut segala objek ke dalamnya.
  5. Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.
Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan ada sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan pristiwa itu, tapi tak ada yang mempercayainya.
Pernahkah anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer yang mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub bumi? Mungkin tempat itu merupakan pangkalan UFO yang bertujuan jahat?
Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah hubungan dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga Bermuda)? Dan yang unik adalah, segitiga bermuda cukup dekat dengan peluncuran roket NASA (Florida).

26 Gambar - Sungai Yang Ada Ombak 30Meter Macam Laut



http://i.imgur.com/rFOqD.jpg
Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 30 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.
#is famous for its huge tidal waves, hanya di CHINA!

http://i.imgur.com/tFUOP.jpg

Peringatan Tragedi Tsunami Di Aceh 26 Disember 2004


Tsunami berasal daripada perkataan Jepun. “Tsu” bermaksud pelabuhan manakala “Nami” pula membawa maksud gelombang. Jika digabung kedua-dua ayat tersebut akan menjadi “Gelombang Pelabuhan” atau lebih dikenali sebagai TSUNAMI. Tsunami diambil daripada perkataan Jepun kerana kali pertama berlaku fenomena ini adalah terjadi di Jepun.
Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.

Hari ini ,26 december 2012 ,genap 8 tahun tragedi tsunami berlaku di Acheh, Indonesia . Antara yang terkena tempiasnya di beberapa buah negara lain termasuk Malaysia . Tsunami telah meninggalkan ‘parut’ kekal kepada mereka yg masih hidup sehingga hari ini.
Yakinlah, sesuatu yang Allah uji itu ,ada hikmahnya. Di Dalam kitab suci Al-Quran juga ada disebut, Allah akan memberikan suatu bencana pada sesuatu kaum di suatu tempat itu dan kemudiannya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam tragedi ini. Moga roh mereka di sayangi, diredhai dan dirahmati oleh Allah. Amin.

Gambar Peristiwa Tsunami:

Gempar! – Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing Dan Tiada Tengkuk



Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.
Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini

YUNA DAN JULES SCHRATTER BERCINTA?


Lelaki yang di maksudkan adalah Jules Schratter, yang bertugas sebagai jurugambar peribadi Yuna di Amerika Syarikat (AS). Dengarnya, hubungan cinta antara mereka bukan lagi rahsia malah Jules sendiri sering meluahkan perasaannya terhadap Yuna menerusi rakaman foto yang muat naik di akaun Instagramnya, Throughjules.
Yuna-dan-Jules-Schratter
Jika benar bercinta apalah salahnya kan. Semoga Yuna berjaya membawa Jules kearah ‘kebaikan’ dan hubungan yang diredhai Allah. Amin.

GAMBAR: Saksikan Detik Cemas Percubaan Bunuh Diri Di Cheras

218114_10151187494386762_41877399_n

 Kecekapan anggota bomba telah berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Vietnam yang cuba membunuh diri .
Sebelum itu wanita tersebut telah bertindak mengelar kedua belah pergelangan tangannya.
Peristiwa cemas juga telah disaksikan oleh penghuni sekitar dan orang awam.
Balai terlibat ialah BBP Pudu,Unit RIM dan EMRS serta Jentera TTL Magirus dari BBP Hang Tuah.
Bomba bertindak memasang beg udara sebagai persediaan mengelakkan kecederaan teruk pada gadis itu sekiranya dia terjun.
Ketika dia leka berbual-bual dalam usaha memujuk, pihak bomba bertindak menariknya ke dalam rumah.
Bagaimanapun belum dipastikan punca dan sebab mengapa wanita itu mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Syabas kepada semua mereka yang terlibat dalam menangani situasi cemas tersebut!
(Foto Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia)

3786_10151187494656762_1228197564_n
407855_10151187494636762_1743192335_n
309366_10151187494381762_1486447441_n
148916_10151187494391762_1421245407_n

[KREATIF] RAK BUKU DARI PAIP BESI (9 GAMBAR)

Rak buku dari paip. Awesome!




Laporan asal Stella Blue

Muhyiddin Lawat Mangsa Banjir Di Terengganu Esok


Muhyiddin Lawat Mangsa Banjir Di Terengganu Esok
KEMAMAN – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat mangsa banjir di Terengganu, esok.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, Muhyiddin akan melawat daerah Kemaman yang kini terjejas teruk akibat banjir selepas kawasan Besut dan Setiu yang kini kian pulih.
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Kerteh, Muhyiddin dijadual akan terus dibawa menaiki helikopter melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Bukit Mentok di sini.
Terdahulu Ahmad bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud melawat beberapa kawasan sekitar Kemaman, antaranya pusat penempatan mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan DUN Cukai.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu Zuhari Omar.
Ahmad Shabery menyifatkan banjir yang melanda daerah ini kali ini antara yang terburuk selepas banjir besar melanda negara pada tahun 1971.- BERNAMA

Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh Di Jabor


Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh Di Jabor
KEMAMAN – Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.
Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.
Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. – BERNAMA