Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin Sertai Misi Ke Gaza


Syukur sangat-sangat bila melihat semangat juang jitu yang ditunjukkan oleh selebriti-selebriti Malaysia. Untuk makluman, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin telah pun bertolak ke Gaza untuk menjalankan misi masing-masing. Semoga perjuangan mereka dirahmati olehNya.
misi ke gaza tak sempat nak check sama ada mereka bertiga di bawah satu misi yang sama atau berlainan. Yang pastinya, Afdlin Shauki ada bersama-sama dengan Bront Palarae. Mungkin Zain Saidin pergi dengan kumpulan yang lain. Apa pun sama-sama kita doakan agar mereka bertiga selamat sepanjang berada di Gaza.

misi ke gaza
Rasanya banyak lagi selebriti tempatan yang telah, sedang dan akan terbang ke Gaza untuk memberikan bantuan. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Untuk anda yang ingin membantu tetapi tidak ada kelapangan masa, bolehlah menderma menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).