Biar Betul! Gadis Mengamuk Libas Parang Terhadap Penyamun


Biar Betul! Gadis Mengamuk Libas Parang Terhadap Penyamun | Sebelum ini kita pernah mendengar tentang keberanian seorang gadis mengejar seorang lelaki apabila dirinya diragut. Keberanian gadis itu mendapat perhatian media dan dianggap luar biasa. Terbaru, satu kes rompakan telah berlaku di sebuah rumah di Teluk Intan. Seorang gadis yang hampir menjadi mangsa rompakan, nekad mahu melibas penyamun tersebut dengan menggunakan sebilahparang. Apa yang menariknya, penyamun tersebut bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.
Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.
Sumber : Harian Metro