Budak Tidak Sangka Terkutip Telur Anak Ular


Budak Tidak Sangka Terkutip Telur Anak Ular

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Kyle Cumming tidak menyangka terdapat tujuh ekor anak ular berbisa keluar daripada tujuh biji telur yang dikutipnya di perkarangan rumahnya di Townsville, Queensland, Australia.
Cumming yang merupakan peminat hidupan liar menemui 10 biji telur itu di padang rumput seluas 1.2 hektar berkenaan pada beberapa minggu lalu.
Telur-telur itu kemudian diletakkan di dalam sebuah bekas makanan tertutup di dalam bilik tidurnya.
Bagaimanapun, pada Isnin lalu, ibunya Donna Sim membuka penutup bekas tersebut dan mendapati terdapat tujuh ekor anak ular.
Dia kemudian menghubungi pakar hidupan liar untuk mengesahkan identiti haiwan yang ditemuinya itu.
Seorang pakar hidupan liar mendapati, haiwan tersebut ialah anak ular perang timur yang kedua berbisa selepas ular inland taipan di Bumi.
Menurutnya, bisa ular berkenaan boleh membunuh manusia.
Nasib menyebelahi Kyle apabila bukan dia yang membuka bekas berkenaan.
Ini kerana Kyle amat berani untuk memegang ular.
Sementara itu, tiga lagi telur didapati busuk.

Oleh: KASIH ISA