Cute – Aksi Kembar Berusia 9 Bulan Berenang (5 Gambar)

Twins Baby William and Ellenita Trykush Can Swim
Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William (kiri) dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan. Sungguh menakjubkan! Seperti dilaporkan, mereka gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air.
Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.
Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka iaitu Charlotte berusia 35 tahun membawa pasangan kembar berkenaan ke kolam bayi di sana dan mendapati mereka tiba-tiba berenang. Menurut Charlotte, kedua-dua anak kembarnya itu mula berenang 5 meter dan kemudian 7 meter sebelum berenang sepanjang 12 meter.

Twins Baby William and Ellenita Trykush Can Swim
Twins Baby William and Ellenita Trykush Can Swim

Twins Baby William and Ellenita Trykush Can Swim

Twins Baby William and Ellenita Trykush Can Swim

Laporan asal: Dailymail