Gempar! Dua Pegawai Polis Belasah Tahanan Sehingga Koma

Shah | November 7, 2012
Gempar! Dua Inspektor Polis Belasah Tahanan Sehingga Koma | Tahanan reman merupakan antara prosedur utama pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap tahanan lokap. Siasatan ini bertujuan untuk membantu pihak polis mendapatkan sesuatu klu terhadap kes yang dibangkitkan oleh pelapor. Namun demikian, malang telah menimpa seorang tahanan reman apabila dibelasah teruk oleh dua orang pegawai polis. Kejadian itu menyebabkan tahanan tersebut koma di hospital.

TUTUP…suspek dikawal ketat memasuki kereta selepas direman.
Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.

PARAH…mangsa koma dibelasah.
“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayaiditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.
Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kedua-dua pegawai berpangkat inspektor itu direman tiga hari bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Sumber : Harian Metro