Gempar! Rumah Nenek ‘Runtuh’ Dirempuh Treler


Gempar! Rumah Nenek ‘Runtuh’ Dirempuh Treler | Banyak juga kes berlaku yang melibatkan kenderaan merempuh rumah penduduk awam. Antaranya seperti kereta, lori dan sebagainya. Rempuhan ini biasanya berlaku di bahagian hadapan iaitu di ruang tamu. Terbaru, KisahBest.My menerima maklumat bahawa terdapat sebuah treler tiba-tiba  bergerak sendiri tanpa memandu lalu merempuah sebuah rumah. Bahagian hadapan rumah tersebut rosak teruk dan mengakibatkan kerugian yang besar.

Pantang maut sebelum ajal! Itu yang berlaku pada sebuah keluarga di Felda Panching Timur, di sini, yang terselamat apabila sebuah treler tujuh tan merempuh kediaman mereka. Selamah Rajab, 60, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang kelmarin ketika mereka sekeluarga berada di belakang rumah mengutip buah rambutan.
Menurutnya, ketika sedang leka mengutip buah, mereka dikejutkan dengan satu dentuman kuat sebelum melihat kepala treler terperosok di beranda rumah.
“Alhamdulillah, mujur kami semua berada di belakang rumah, jika tidak apalah nasib anak cucu yang sering menjadikan beranda rumah sebagai tempat bermain mereka.
“Sebelum itu, seorang cucu saya sudah menyapu di halaman depan untuk bermain, tetapi mujur tergerak hatinya untuk ke belakang bersama ahli keluarga lain mengutip buah.
Jika tidak, mungkin ada yang menjadi mangsa treler ini,” katanya.
Selamah berkata, treler itu adalah milik anak lelakinya yang kebetulan singgah di rumah itu untuk mengutip buah.
Katanya, semasa kejadian, treler terbabit tiada pemandu kerana anaknya hanya menghidupkan enjin terlebih dahulu sebelum bergerak.
“Memang itulah tabiat anak saya sejak 10 tahun lalu, tetapi semalam tidak bernasib baik apabila ia bergerak dan merempuh rumah ini,” katanya.
Sementara itu, suami Selamah, Mohd Yusif Mohamad, 66, berkata, rumah yang didiami mereka sejak 36 tahun lalu itu menyimpan banyak kenangan.
“Bahagian depan rumah ini adalah rumah asal Felda. Walaupun rosak teruk, saya masih bersyukur kerana anak cucu selamat. Harta lain boleh dicari, tetapi tidak keluarga sendiri.
“Akibat rempuhan itu juga, bahagian dapur retak. Mujur ia merempuh rumah kami, jika rumah jiran, tidak tahu lah apa nasib mereka pula,” katanya.
Nasib keluarga itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban.
Anak cucu yang sering menjadikan beranda rumah sebagai temrempuh rumah ini,” Alahai… katanya.
Selamah di sisi kepala treler milik anak lelakinya yang merempuh rumah sehingga menyebabkan kerosakan teruk berlaku.