Kesian : Yuxin Xiaolu, Nenek Yang Berusia Satu Tahun (Gambar)





Lazimnya kulit bayi itu halus dan lembut. Namun, tidak demikian dengan seorang bayi perempuan di China. Bayi tersebut mengalami sindrom aneh. Meskipun usianya baru 1 tahun, kulitnya kehilangan elastik sehingga dipenuhi oleh kedut sepert seorang nenek. 



Bayi perempuan bernama "Yuxin Xiaoli" ini disyaki menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai cutis laxa, yang menyerang tisu penyambung (connective tissue) yang membuatkan kulitnya tidak elastik seperti pada orang tua,. Akibatnya, Yuxin kehilangan elastik lapisan kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi, dan organ penting seperti jantung, pembuluh darah, sendi, usus, dan paru-paru.

"Dia kelihatan seperti orang tua. Terakhir saya membawanya ke hospital, semua orang menatapnya seperti alien. Bahkan anak-anak pun menangis histeria," kata Cao Niu. Keluarganya pada mulanya hanya merawat Yuxin di rumah, kerana tak ingin anak mereka menjadi bahan ejekan. Namun kerana keadaan Yuxin memburuk akhirnya mereka membawanya ke hospital Zhengzhou, China. 


Keluarga semakin optimis bahawa Yuxin sembuh dengan melihat tingkah Yuxin yang begitu aktif dan cerdas. Yuxin termasuk anak yang pintar. Sangat pintar meniru ekspresi wajah orang lain di sekitarnya.

Sumber