Lelaki Arah Bunuh Bayi Melalui Skype



Norway – Kejam. Seorang lelaki yang asyik masyuk berbual dengan perempuan simpanannya melalui Skype, sanggup menyuruh wanita itu melemaskan anak perempuannya yang berusia setahun, hanya kerana kanak-kanak itu mengganggu perbualannya dengan wanita itu.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada bulan Oktober, dua tahun lalu ketika Ammaz Qureshi yang menetap di London, sedang berbual dengan wanita itu, Yasmin Chaudhry yang berada di Norway.
Ammaz didakwa memberitahu Yasmin Chaudhry, supaya memegang kaki kanak-kanak itu dan kemudian merendamkan kepalanya dalam besen.
Namun selepas budak itu dimasukkan ke dalam besen untuk kali kedua, dia tidak lagi bernafas serta tidak sedarkan diri.
Biarpun Hunaina dikejarkan ke hospital, namun sudah terlambat apabila bayi itu tidak lagi dapat diselamatkan.

Bayi berkenaan bagimanapun bukan anak Ammaz.
Susulan itu, pihak berkuasa Norway berjaya mendapatkan perintah ekstradisi untuk membawa Ammaz ke negara berkenaan bagi menjalani perbicaraan.
Menurut pendakwaraya, tragedi itu merupakan sebahagian daripada kekejaman yang dilakukan oleh Yasmin ke atas anaknya sendiri atas arahan Ammaz yang dilakukan menerusi Skype.
Sebelum ini, Yasmin didakwa menyembur air ke muka Hunaina, memaksanya makan serbuk cili dan tidak membenarkan kanak-kanak itu tidur.
Penderaan itu tidak berakhir di situ, malah kanak-kanak itu turut diikat kakinya selama berjam-jam, dipaksa tidur di atas lantai dan kepalanya pernah diletakkan di bawah air yang mengalir.
Susulan kematian bayi itu, Yasmin memaklumkan kepada doktor bahawa Hunaina terjatuh ke dalam besen air, menyebabkan dia ditangkap kerana disyaki cuai.
Bagaimanapun selepas Yasmin diancam akan didakwa membunuh, barulah dia memaklumkan bahawa dia melemaskan bayi itu atas arahan Ammaz dan penderaan itu turut dilakukan selama beberapa bulan.
Ammaz, yang telah berkahwin, bertemu dengan Yasmin selepas wanita itu berkunjung ke London pada bulan Februari 2010.
Dia juga berjaya merahsiakan hubungan sulit itu daripada isterinya, hinggalah kes tersebut terbongkar.

sumber