Musim Banjir: Pendaratan Ikan Di Terengganu Merosot


Musim Banjir: Pendaratan Ikan Di Terengganu Merosot
KUALA TERENGGANU – Tangkapan ikan di Terengganu semasa musim banjir ini sejak dua minggu lepas terjejas disebabkan banyak bot tidak keluar ke laut.
Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) Marzuki Abdul Jalil berkata daripada 72,000 metrik tan tangkapan sebulan, hanya baru 48 metrik tan didaratkan dalam tempoh dua minggu ini.
“Sekarang ini kita bergantung kepada bekalan dari luar Terengganu untuk menampung keperluan orang ramai di sini,” katanya kepada Bernama.
Menurut beliau Terengganu telah membawa masuk kira-kira 500 metrik tan atau 30 peratus ikan beku dari negeri lain di Semenanjung termasuk dari Thailand sejak dua minggu ini.
Marzuki yang juga peniaga ikan berkata beliau sendiri mempunyai tiga bot laut dalam dan buat masa ini kesemua bot berkenaan tidak beroperasi kerana keadaan tidak mengizinkan.- BERNAMA