Pelakon ‘Twilight Saga’ Ditahan,Tidak Senonoh


Pelakon 'Twilight Saga' Ditahan Kerana Kencing Depan Orang
Selepas seminggu ditangkap atas dakwaan memiliki dadah jenis kokain dan methamphetamine, aktor Twilight Saga, Bronson Pelletier, sekali lagi ditahan.

Kali ini kerana perilakunya tidak senonoh dan menjijikkan.

Penangkapan terbaru dilaporkan berlaku pada Isnin lalu pada kira-kira jam 2 petang di lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX).


Dia ditangkap dua jam selepas polis terpaksa mengeluarkan pelakon Kanada itu dari pesawat kerana membuat kacau di atas kapal kerana dipercayai mabuk.

Sumber penguatkuasaan undang-undang memberitahu TMZ.com selepas membawa Bronson keluar daripada pesawat, pelakon itu diarahkan untuk menunggu di terminal.

Tetapi tidak lama selepas pegawai polis beredar meninggalkannya, mereka menerima satu lagi laporan daripada pengawal yang sedang bertugas di pintu terminal tersebut.

Mereka mendakwa Bronson telah membuang air kecil di tengah-tengah terminal itu!
Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun itu tidak mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
Malah dia asyik mengomel dan berpura-pura seperti tidak bersalah sewaktu diheret pengawai polis.
Bronson dikenali selepas muncul dalam filem debutnya, ‘Twilight Saga’, memengang watak sebagai Jared (kumpulan Wolf Pack).

Dalam perkembangan lain, mengenai dakwaan memiliki jenis kokain dan methamphetamine secara haram, Bronson juga tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan dia telah diperintahkan untuk muncul kembali di mahkamah pada 17 Januari depan.

Oleh: KASIH ISA