SAFEE SALI SERTAI PASUKAN JOHOR FC

Post image for SAFEE SALI SERTAI PASUKAN JOHOR FC

“Safee sudah pun menandatangani kontrak selama setahun semalam dan dia sudah bersedia untuk beraksi,” katanya.
SAFEE SALI SERTAI PASUKAN JOHOR FC
 | Safee Sali disahkan menyertai skuad Johor dengan kontrak setahun, semalam. Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) , Suhairi Hashim mengesahkan bahawa pemain kelab Arema Indonesia itu telah menandatangani kontrak perjanjian dengan disaksikan oleh Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Sebelum itu, majlis menandatangani kontrak pemain Arema Indonesia itu yang sepatutnya berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi, pada awalnya tidak menjadi kenyataan apabila Safee tidak muncul. Petugas media yang menunggu majlis menandatangani kontrak ter sebut kecewa apabila dimaklumkan oleh Suhairi bahawa majlis tersebut tidak dapat diadakan.
Difahamkan Safee tidak dapat hadir kerana peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar dari kem latihan skuad negara yang menghadapi ke johanan Piala Suzuki AFF.
Ini menyebabkan pengurusan PBNJ yang diketuai Presidennya, Tunku Ismail ke Wisma FAM untuk menemui Safee. Selepas mengadakan perbincangan, Safee akhirnya menandatangani kontrak perjanjian.
PBNJ memiliki semua dokumen perpindahan Safee, termasuk surat kebenaran dari kelab Arema Indonesia. Kontrak Safee selama setahun bersama Johor berasaskan pinjaman. Surat kebenaran Arema Indonesia ditandatangani oleh pengarahnya, Ruddy Widodo dengan kontrak pinjaman pula bertarikh dari 1 Di sember hingga 30 November 2013.
Tambah Suhairi, keputusan un tuk menandatangani kontrak Safee dibuat tergesa-gesa disebabkan PBNJ mengejar tarikh tutup pen daftaran pemain yang berakhir esok.Ditanya adakah Safee akan menerima gaji lebih dari yang ditawarkan oleh Arema, Suhairi memberi gambaran awal mungkin lebih baik dari itu.
Arema membayar gaji Safee sebulan RM90,000 selepas mendatangani kontrak baru dua tahun dengan kelab Liga Super Indonesia itu pada 1 Februari lalu. Johor sudah pun memiliki seorang lagi penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha.


SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/safee-sali-sertai-pasukan-johor-fc/#ixzz2EHvMOHXe