Subhanallah! Kulat Gergasi Ditemui Di Tumpat Kelantan



Subhanallah! Kulat Gergasi Ditemui Di Tumpat Kelantan | Apa yang anda lihat ini bukanlah spesis bunga terbesar dunia seperti  Raflesia, tetapi sejenis kulat Gano yang ditemui dalam fizikal yang besar. KisahBest.My menerima maklumat bahawa spesis kulat gergasi ini merupakan satu penemuan yang dianggap pelik. Ia sangat besar lebih daripada biasa. Kulat Gano ini telah ditemui di Tumpat Kelantan dan dipercayai mampu menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita tidak boleh bergantung kepadanya bimbang jatuh kepada syirik, kerana hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa di alam ini. Boleh lihat gambar di bawah ini.
kulat
Azizah menunjukkan kulat aneh menyerupai spesies kulat gano yang ditemui di dalam kolam di tepi rumahnya di Kampung Kok Pasir
Kemunculan kulat gergasi yang menyerupai spesies kulat gano di Kampung Kok Pasir di sini, menjadi tumpuan orang ramai. Kulat berwarna hitam seberat 8.6 kilogram itu ditemui Azizah Hamid, 56, di sebuah kolam di tepi rumahnya pada 15 November lalu.
Sejak tersebar penemuan kulat tersebut, rumah Azizah tidak putus dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat kulat gergasi itu.Malah,kedatangan mereka juga adalah untuk untuk mendapatkan air dari kulat tersebut yang dikatakan mengeluarkan air jernih dan berkilau selepas direndam dalam air semalaman serta mampu mengubat penyakit.
Azizah berkata, dia menemui kulat gergasi itu pada 1 Muharam (15 November), tumbuh subur di batang pokok sagu yang dibuang ke dalam kolam selepas ditebang tiga tahun lalu.
Sebelum kulat ini muncul, ada buih dalam kolam tersebut dan saya sangkakan ada kura-kura.
“Saya ambil kayu lalu menjoloknya ke dalam kolam, tetapi tiada apa-apa,” katanya.
Menurutnya, dia berusaha mencabut kulat yang melekat di batang pokok sagu itu, tetapi tidak berhasil.
Azizah berkata, disebabkan kulat itu besar dan berat, dia terpaksa meminta bantuan suami, Nawi Mahmod, 63, untuk mencabutnya dan membawanya ke rumah.
Saya terpaksa gunakan kereta sorong mengangkutnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah,” katanya yang mempunyai sembilan anak.
Menurutnya, sejak kulat itu muncul, ia membawa rezeki kepadanya kerana orang ramai sentiasa datang untuk melihat dan mengambil air penawar.
“Selepas beberapa minggu, saya dapati kulat ini hidup kerana ada kelopak baru tumbuh dan saya percaya, ia adalah spesies kulat gano yang mampu merawat pelbagai penyakit,” katanya.
Azizah berkata, ibunya, Rokiah Idris, 80, yang tidak dapat berjalan akibat serangan strok minggu lalu, dipercayai pulih selepas beberapa kali meminum air rendaman kulat tersebut.