Unik! Jejantas Khas Untuk Haiwan Di Lebuhraya



Pernahkah kita terfikir yang sebenarnya, bukan sahaja jejantas disediakan untuk manusia, tetapi juga untuk haiwan?
Di beberapa buah negara seperti, Kanada, German, Belanda, Amerika Syarikat dan banyak lagi telah membina jejantas untuk haiwan melintas di tengah-tengah lebuhraya.
Pembinaan itu bagi memudahkan haiwan-haiwan dari hutan di sekeliling lebuhraya menyeberang ke kawasan hutan lain.
Uniknya, jejantas itu dibina berasaskan elemen hutan juga iaitu daun-daun, rumput dan pokok-pokok kecil.
Justeru, habitat haiwan di kawasan itu tidak terjejas dan dapat menyelamatkan spesis haiwan yang kian pupus.












Oleh: NAIMAH SHAARI