VIDEO: Apa Dosa Anak Ini Hingga Dipijak-Pijak Sebegitu Rupa?



SEMALAM kita dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki tidak berperikemanusiaan yang telah mendera anak tirinya dengan begitu kejam sekali. Sebenarnya kes dera melibatkan kanak-kanak ini bukan semakin menurun, tetapi semakin berleluasa. Bezanya ramai yang tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana hendak menjaga maruah keluarga atau kerana hendak melindungi anggota keluarga mereka itu daripada tindakan undang-undang. Bacul! Ya memang BACUL! Itu saja perkataan yang boleh kita berikan pada pendera kanak-kanak…ini kerana mereka tahu, mangsa mereka tak mungkin melawan atau membalas penderaan fizikal yang dilakukan. Ini ada satu lagi klip…lihat bagaimana wanita ini memandikan anaknya, atau mungkin kanak-kanak bawah jagaannya, dengan begitu sadis sekali. Dipijak-pijaknya anak itu sampai menangis-nangis kanak-kanak itu diperlakukannya. Tak cukup dengan itu, disimbahnya anak tersebut dengan air hingga budak itu hampir kelemasan. Sebenarnya masih ramai pendera di luar sana yang masih bebas…apa peranan kita?