[Video] ‘Apa Salah Saya? Kenapa Hina Saya?’



Penulis tidak pasti sama ada pembaca-pembaca sedar atau tidak dengan satu video yang ketika ini hangat diperkatakan.
Di laman YouTube, seorang anak gadis bernama Tsara Nabilla boleh dikatakan agak popular di laman media itu.
Satu video bertajuk ‘Sedih by Tsara Nabilla’ sudah ditonton oleh orang ramai sebanyak 33,262 kali!
Dalam video sepanjang 6:09 minit itu hanya memaparkan Tsara menangis dan mempersoalkan apa salah yang dilakukannya dan kenapa penonton videonya suka menghina dirinya.
Begini kisahnya.
Tsara masih lagi berumur 12 tahun dan hobinya adalah gemar membuat video atau vlog yang berunsurkan nasihat kepada penontont-penonton laman YouTube.
Antara video nasihat yang dia sudah buat adalah ‘Dunia Masa Kini – Remaja Sekarang’, ‘Hina’, ‘Cinta’ dan Tsara juga gemar merekod nyanyiannya untuk lagu-lagu tempatan yang ada.
Dek kerana minatnya yang suka memberikan motivasi dan nasihat biar pun masih lagi muda, dirinya dihina dan dikutuk oleh orang ramai.
Sebab itulah, Tsara membuat video ‘Sedih’ kerana ingin meluahkan rasa sedihnya berikutan sikap manusia yang suka menghina orang termasuk dirinya.
Kata Tsara, dia hanya suka-suka sahaja untuk membuat vlog dan ingin berkongsi pendapat dengan semua orang.
Walaupun dia merasa sedih kerana dihina dan dikutuk, gadis itu masih lagi mempunyai semangat untuk terus kuat walaupun dihina orang.
Malah, dia juga turut mencabar semua orang yang mengutuk dirinya bahawa, satu hari nanti dirinya akan menjadi jauh lebih baik dan terbaik dari orang lain.
Video:





Oleh: NAIMAH SHAARI