[Video] Lisa Yang Lemah Lembut Sebenarnya Pandai Menari



Wah! Comelnya kakak Lisa kita ni menari.
Tak sangka sebenarnya pelakon kepada pengarah dan ahli perniagaan terkenal, Yusry KRU ini mempunyai bakat terpendam yang kita sendiri tidak tahu.
Sebenarnya, tidak ada apa-apalah sangat mengenai video yang bakal anda lihat ini.
Tetapi oleh kerana Lisa yang kita kenali ini berpewatakkan lemah-lembut dan tinggi budi bahasa jadi agak janggal juga jika kita melihatnya.
Sebenarnya, video yang anda bakal lihat ini memaparkan klip video yang dirakamkan oleh peminatnya semasa menjayakan program anjuran tuala wanita, Sofy.
Lisa yang menjadi jurucakap bagi produk ini telah dijemput untuk menari bersama-sama pengguna rangkaian Sofy.
Melihat kepada video berdurasi 3 minit 35 saat ini, rasanya mereka seperti sudah menghafal setiap gerak-geri yang diperlukan.
Mungkin, sebelum ini mereka telah berlatih terlebih dulu atau setiap kali Sofy mengadakan program mereka, mereka akan menari dengan rentak sama sehingga masing-masing sudah menghafalnya.
Cuma apa yang tidak sedapnya, terdapat salah seorang dari penari itu memakai baju kurung.
Rasanya agak kurang manis apabila melihat wanita berkenaan terlompat-lompat dengan memakai baju berkenaan.
Mungkin dia tak sedar agaknya, sebab dah terlalu ‘syok’.
Apa-apa pun Lisa kelihatan amat comel semasa menari lagu Jennifer Lopez dan beberapa lagu lagi.
Saksikan video ini…
Oleh: KASIH ISA