[Video] Menakjubkan! Gajah Pertama Terima Kaki Palsu




Sungguh menakjubkan! Tidak sangka yang mempunyai berat bertan-tan dapat memakai kaki palsu dengan sempurna!
Matola, gajah berusia 50 tahun yang berasal dari Thailand menjadi gajah pertama yang menerima kaki palsu sekitar tahun 2009.
Matolah telah kehilangan kaki kiri bahagian depan pada tahun 1999 selepas terpijak periuk api semasa dia berpindah ke tempat baru untuk hidup.

Walaupun orang ramai telah cuba untuk menyelamatkan kaki Matola, namun anggotanya itu cedera teruk dan akhirnya terpaksa dipotong.
Pada 2006, Matola telah menerima kaki palsu pertamanya. Tetapi ia hanya dibuat untuk sementara saja bagi menyesuaikan gajah itu dengan kaki palsu berkenaan.
Sementara itu, sekitar tahun 2009 Matola menerima kaki palsu sebenar yang dibuat khas oleh hospital gajah di Mae Yao Rizab Negara di Thailand.
Oleh kerana kaki palsu itu perlu dibuat mengikut ketentuan berat Matola, pada tahun lalu kaki palsunya ditukar sekali lagi.
Sebuah dokumentari berjudul The Eyes Thailand menunjukkan momen yang menakjubkan apabila Motala mengambil beberapa langkah pertamanya dengan menggunakan kaki prostetik pertama beliau.
Penjaganya melimpahkan air mata kerana Matola dapat menyesuaikan diri dengan menggunakan kaki palsu tersebut.
Saksikan detik-detik sayu ini…

Oleh: KASIH ISA