Yuna Sudah Temui Pengganti Qi Qushairi?


Susah juga menjadi selebriti seperti Yuna ini. Semua perbuatan akan diperhatikan. Lebih-lebih dalam dunia yang serba maju dengan teknologi seperti Twitter, Instagram dan Facebook. Yang terbaru, ada gosip yang Yuna sudah menemui pengganti Qi Qushairi.
yuna dan jules
Lelaki yang dikatakan berjaya mencuri hati Yunalis Zarai tak lain tak bukan ialah jurugambar peribadinya, Jules Schratter. Kemungkinan besar gosip ini bertebaran kerana banyak gambar mereka berdua yang telah diupload di Instagram masing-masing sejak kebelakangan ini.
yuna dan jules
Dan sememangnya saya akui kekacakan Jules Schratter ini mampu menakluk hati ramai wanita. Namun Abang Nara rasa hubungan mereka berdua tak lebih daripada kawan. Kalau dah namanya jurugambar peribadi, confirmlah 24 jam kena berada di sisi kan? Itu yang banyak gambar mereka berdua. Tak ke gitu?