Dunia Nak Kiamat: Wanita Rogol Lelaki


Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam. 


Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.

Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.
Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.

Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.

Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.

Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.

Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.

Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.

Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.

Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.

Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.

Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.

Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut."

Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini."

"Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih."

Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.

''Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.

Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang "panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215).

sumber

Video 30 Saat Yang Menyentuh Perasaan


Video 30 Saat Yang Menyentuh Perasaan

Klip video ini pendek sahaja namun ia cukup menyentuh perasaan siapa pun yang melihatnya.




Saksikan bagaimana si abang hendak membantu adik perempuannya untuk melintas sebuah parit kecil.
Semoga nilai-nilai murni yang tertanam itu akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa.

Saksikan…

Orang Jepun yang mempunyai fikiran pelik baru-baru ni telah menghasilkan seluar dalam cegah bau kentut. Bagaimanakah itu?


Seluar Dalam Cegah Bau Kentut Laris Dijual | Terbaik la kerana seluar dalam terkini yang didakwa mampu meneutralkan bau busuk kentut telah mendapat sambutan yang sangat hangatdalam kalangan ahli perniagaan di Jepun yang rajin bekerja yang gemarkan idea melepaskan kentut tanpa masalah.



Satu syarikat tekstil tempatan telah membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakan mampu mencegah bau-bauan yang tidak diingini.
“Kami telah mengambil masa beberapa tahun bagi membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah mampu menghapuskan bau hapak dengan berkesan,” ujar Nami Yoshida salah seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk Seluar Dalam mencegah kentut.
Kebanyakan orang seperti ahli perniagaan membelinya dan sesuai digunakan untuk berjumpa ramai orang dalam waktu sehari ,” tambah Encik Yoshida lagi.
“Pada permulaan produk ini, kami hanya terfikir bagi menjual seluar dalam ini kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan juga hospital. Tetapi kami amat terkejut kerana ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan akan membeli seluar dalam ini dan digunakan untuk berjumpa orang ramai setiap hari,”jelas jurucakap syarikat.
Seluar dalam cegah bau tersebut dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau dala, fabrik mereka. Syarikat Seirin membangunkan teknologi terbabit selepas dihubungi oleh seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan oleh mereka yang menghidap sindrom usus.  Syarikat tersebut telah berkembang kepada 22 produk, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau busuk dan baju-t yang menghilangkan bau ketiak.

Cuba Teka Mana Lokasi Yang Diambil Satelit Ini? (4 Gambar)

Bila tengok macam air tetapi itu sebenarnya adalah di Las Vegas pada waktu malam. Negara penuh denga...' name='description'/> Bila tengok macam air tetapi itu sebenarnya adalah di Las Vegas pada waktu malam. Negara penuh dengan cahaya LED!








Seram! Sumpahan Aishah Masih Hidup



Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu.
Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap ‘flash’ yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.


Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, “Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!”
Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..
Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi. Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.

Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

sumber

Subhanallah! Satu Keajaiban Di Bumi Gaza Telah Berlaku


Seekor burung kakak tua kepunyaan As- Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza..


Subhanallah! Satu Keajaiban Di Bumi Gaza Telah Berlaku | Kisah pelik dan unik memang banyak terjadi dan ditemui di bumi yang diberkati Allah swt. Palestin terutamanya di wilayah Gaza tidak terkecuali. kali ini ingin kami  berkongsi tentang seekor burung di Gaza yang dipetik daripada laman sosial milik Aman Palestin Mesir, mereka mendakwa burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil masih lagi setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Gambaran seperti ini menunjukkan bahawa terdapat  keajaiban yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.
Setelah kesyahidan beliau,burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As- Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan,burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali,akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil..

[Video] Seram Kelibat Naga Di Langit Jiangxi China


Seorang pemuda dari Fuzhou China timur, Daerah Jiangxi mendakwa telah mengambil gambar naga terbang dilangit. Menurut Guan Mulin dia mengambil gambar tersebut semasa dia sedang memandu kereta.


Dia berkata “Saya sedang memandu dan saya melihat orang-orang melihat ke atas, jadi saya berhentikan kereta saya dan melihatnya”

Guan berkata dia melihat naga terbang diatas awan “ia kelihatan seperti 2 ekor naga berenang-renang di langit, atau seperti seekor naga dengan kepala dan ekornya yang muncul dari balik awan”

Guan menambah kejadian itu berlaku selama beberapa minit sebelum akhirnya naga itu menghilang.

Lihat Video Amatur Yang Sempat Dirakam . . .





Doktor Suruh Buka Baju, Ajak Laku Hubungan Seks


Doktor Suruh Buka Baju, Ajak Laku Hubungan Seks - “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.



“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di Johor Bahru.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.

Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya. – paapaada.blogspot

TRAGIS..Murid Darjah 2 Yang Berteduh Bawah Lori Hancur Digelek Kenderaan Tersebut

TRAGIS..Murid Darjah 2 Yang Berteduh Bawah Lori Hancur Digelek Kenderaan Tersebut 

   

LAHAD DATU –  Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.


Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di sini semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.
Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.
Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.
Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.
Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.
“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,” katanya.- Harian Metro

Kalau kau nak rogol, rogollah, aku tak kisah!!



Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!


Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan.

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah.

Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun.

Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

[Video] Kepala lelaki ini tercabut dari badan


Kepala lelaki ini tiba-tiba tercabut dari badan


Ahli silap mata terkenal Ferguson @Ice Breaker telah membuat aksi yang sangat mengejutkan orang yang lalu-lalang di jalan San Luis Obispo, California. Apa tidaknya beliau secara tiba-tiba mencabut kepalanya hingga keparas dada. Ramai yang terkejut dengan kejadian yang tidak terduga ini.

Aksinya bermula bila ada orang yang berjalan-jalan di jalan tersebut, lalu beliau pura-pura terbersin dan kemudian kepalanya tercabut dari badan, kemudian beliau membetulkan semula kepalanya kepada kedudukan asal. (Lihat video di bawah untuk melihat aksi ajaibnya).
Tiba-tiba muncul lelaki ini sambil terbersin
Oopss ! Tercabut pulak kepala ni
Encik tolong pasang balik kepala saya ni
Eee . . .Seramnya
Aaa . . .Takutnya

LIHAT VIDEO :
Anda mungkin juga meminati:

Hantu lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud


MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.


ANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.
GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

Ngeri! Konvoi Lima Bersaudara Ke Tempat Kerja Berakhir Tragedi


Konvoi lima bersaudara ke tempat kerja berakhir tragedi menyayat hati apabila dua daripadanya maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori yang rosak di lorong kecemasan, di Kilometer 276.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Indonesia itu menaiki motosikal Suzuki Shogun 120, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sumber berkata, lebih menyayat hati adik mangsa dikenali sebagai Yasir, 20-an, yang berada di depan terkejut sebaik menyaksikan kakaknya terpelanting menerusi cermin sisi motosikal dinaiki dilihat meraung dan memeluk mayat itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa lelaki dikenali sebagai Suhar, 32, dipercayai bekerja kontrak di Sungai Gadut, di sini, manakala isterinya, Rina Nigfih, 30-an, operator kilang di Shah Alam, dari Yogyakarta.

“Kedua-dua mangsa dari Kapar, Klang menghala ke Sungai Gadut, Seremban, dalam perjalanan ke tempat kerja suaminya. – Metro

[4 Foto] Pemuda ini sedang membelah perut Naga


Naga merupakan makhluk mitos atau khayalan sahaja, yang bererti tidak mungkin ada di dunia nyata, tetapi di China ada seorang pemuda yang sedang membelah perut seekor Naga.


Mungkin untuk dijadikan ubat kuat. Tidak banyak maklumat yang didapati disebalik gambar ini, juga tiada sebarang maklumat tentang pemuda ini dan dimana dia menangkap Naga ini. Segalanya di rahsiakan.
Ramai yang mengatakan Naga ini adalah palsu, tetapi setelah pemeriksaan lebih dekat dari gambar-gambar diatas didapati Naga yang dipegang pemuda ini memang Naga asli, Inilah buktinya :

1 - Pemuda dalam gambar ini menunjukkan reaksi semulajadi seorang manusia semasa membelah perut seekor binatang (dia tidak sedar kamera mengambil gambarnya)
2 - Ada seekor anjing yang sedang memainkan ekor Naga tersebut dan ini jelas bukan rekaan photoshop.
Ulasan alamcyber2020-Mungkin binatang berbentuk Naga ini wujud di negara China. Cuma tidak di dedahkan oleh media sahaja atas sebab-sebab tertentu. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau pun tidak.

[Pengetahuan] Tanda-Tanda Perempuan Ketika Sedang Terangsang



perempuan terangsang. Lalu apa saja tanda-tanda yang muncul ketika tubuh perempuan sedang terangsang?





Beberapa perempuan kadang memiliki titik rangsangan yang berbeza-beza, namun sebahagian besar perempuan mudah teransang ketika diberikan rangsangan seksual dan hanya sedikit orang yang sulit terangsang.

Dr Andri Wanananda, MS dalam tulisannya menuturkan ada 2 perubahan yang terjadi pada perempuan ketika sedang terangsang, iaitu perubahan di organ genital serta di tubuhnya.

Perubahan yang terjadi pada organ genital:
1. Sekitar dua pertiga bahagian dalam vagina memanjang dan merekah
2. Lubrikasi dari vagina secara automatik meningkat
3. Warna vagina boleh berubah menjadi agak gelap seperti ungu
4. Serviks dan tubuh rahim (uterus) akan tertarik ke belakang dan terdorong ke atas hingga ke dalam rongga panggul (pelvis)
5. Bibir vagina dalam (labia minora) dan bibir vagina luar (labia majora) akan meningkat ke atas dan terbuka
6. Klitoris akan membesar dan menegang

Perubahan yang terjadi pada tubuh:

1 . Pupil mata akan melebar
2. Keringat yang keluar akan meningkat
3. Puting susu mengalami ereksi atau tegang
4. Frekuensi nafas meningkat
5. Denyut jantung menjadi lebih cepat
6. Payudara akan membesar

Umumnya respons pertama yang muncul ketika perempuan menerima rangsangan seksual adalah adanya perasangan hangat yang menjalar di seluruh tubuh, yang nantinya diikuti oleh perubahan tubuh lainnya.

Jika rangsangan ini terus berlanjut, maka akan lebih mudah bagi perempuan untuk mencapai orgasme saat berhubungan seksual. Ketika seseorang mencapai orgasme maka beberapa hormon di tubuh akan turut aktif seperti prolaktin, serotonin, oksitosin, endorfin, adrenalin dan phenylethylamine. Namun hal itu belumlah berakhir, sebagian besar perempuan akan mendapatkan manfaat lain berupa perasaan lebih bahagia dan juga santai serta lebih mudah menerima rangsangan

[Video] PADAH SENTUH PUNGGUNG GADIS DI PASAR



SERIUS : PADAH SENTUH PUNGGUNG GADIS DI PASAR | #Sila contohi gadis ini wahai wanita-wanita malaysia! video ini bagi menunjukkan kepada wanita betapa berharganya maruah seorang wanita. Jangan bagi mudah2 orang sentuh tau.. Ia halal bagi suami isteri sahaja. Renung-renungkan =)





[Video] Lawak Gila…Pertandingan Bina Badan Ini Memang Menarik!


Untuk memahami lawak klip ni..paling penting anda harus fokus kata brader yang paling kanan tu…
Dan kalau dengar gelak orang yang rakam klip tu lagi best. Kat hujung-hujung, pembantu atas pentas yang asalnya serious tu pun dah mula ketawa.



Tahap keyakinan diri dia memang tinggi gila rasanya.
Kalau ikut papan kat belakang tu…pertandingan dibuat tahun lepas di Kuala Lumpur.
Tidak pastilah siapa yang menang…tapi rasanya kemungkinan brader paling kanan tu mungkin tidak kot.
Apa pun…brader tu memang sorang yang sporting.

Awek Ni Tak Sedar Dia Dirakam!! LAWAK2!




awas,awek-awek sekalian berhati-hati dengan kamera tertutup dan terbuka ni..jangan gila kamera sangat tau..nanti awek-awek sekalian dirakam macam ni..huhu

[6 Foto] Bukan Senang Nak Lihat Anak Aishwarya Rai..

Anak artis ternama..kat mana-mana negeri pun waima Malaysia sekalipun.....bukan senang peminat nak melihatnya.

Begitu juga dengan cucu Amitabh ni...mahal sungguh ,namun sesekali terlepas juga la,biarpun hanya sedikit wajahnya..hhhmm....kira ok la tu...

Jom..lihat!

hihihi..ni masa baru lahir la

Aradhya juga lebih dikenali dgn panggilan Beti B
cantik nama dia
macam mak dia ke??hhhmmm...rasanya muka bapak dia la...Tentu ramai yang ingin melihat anak kepada bekas ratu cantik dan juga artis popular Bollywood, Aishwarya Rai bukan? Nah..selepas lama menunggu akhirnya gambar anak perempuan bernama Aaradhya ini bocor juga di internet.
Walaupun cuba disembunyikan sekera-kerasnya oleh ahli keluarga Bachan ini, namun paparazzi di india memang komited melakukan tugasan mereka. terbaek r....!

Imej Burung Misteri Dirakam Di Kota Kinabalu, Sabah (4 Gambar)

Gambar ini telah dikongsi oleh seorang pembaca CariGold yang mana menunjukkan gambar seekor burung yang agak pelik di Kinabalu, Sabah. Berikut merupakan kenyataan tuan empunya gambar tersebut. 

"gambar ini diambil dari member, beliau gi bercuti ke kinabalu sabah. ketika gambar ini diambil memang tiada kelihatan burung tersebut sperti didakwa.. tetapi muncul didlm gambar... kalau dilihat dan diperati gambar burung tersebut anda akan nampak bilah2 sayap burung tersebut.. dan ianya keihatan besar dari kebanyakan burung yg pernah kita lihat.."

#kalau dah tahu burung tu pelik kenapa tak gambar 1000 snap? Macam ambil gambar UFO, memang tak sah kalau gamar pixel pecah.







Ada yang mengatakan ini hanyalah layang-layang... Tapi, yang bawah ni pula, gambar yg diambil dari kamera hp yg lain.. perbezaan antara 2 gambar tersebut seminit.. ini bg memberitahu ianya bkn layang2..


TEKSI PALING SAMSENG DI KUALA LUMPUR?

#Susah nak tiru ni. Mana nak cari stiekr ni?





Biar Betul! Seekor Kambing Di Jual RM1 Di Johor Bharu


Biar Betul! Seekor Kambing Di Jual RM1 Di Johor Bharu | Bagai seperti tidak percaya. Jika gedung pusatjualan membeli belah memberikan diskaun sehingga 80% kepada pembeli, seorang pengusaha ternakan kambing juga turut memberikan diskaun yang sama. Namun ia diskaun yang terlalu tinggi sehingga hanya mengenakan bayaran RM1 bagi seekor kambing. Persoalannya benarkah begitu? Ya pengusaha ternakankambing di Johor Bharu ini memberikan harga istimewa kepada bayi yang dilahirkan di negeri tersebut.
kambing

Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.
Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.
“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.
Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.
“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,” katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.
Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami.
Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200 atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut.
Sumber : Harian Metro

Bapa Pukul Anak Kerana Tak Mengaku Kentut



Florida. Seorang bapa kini ditahan atas kesalahan mencederakan tiga orang anak beliau berusia diantara 6 dan 12 tahun. Austin Davis (32) kini menanti untuk dibicarakan selepas gambar lebam yang teruk pada tubuh anak beliau diserahkan kepada pihak berkuasa.
Austin dikatakan memukul tiga orang anak beliau selepas salah seorang daripada mereka kentut di dalam kereta yang dipandunya. Austin naik berang dan marah apabila ketiga-tiga anaknya tidak mahu mengaku kentut. Ketiga-tiga kanak-kanak ini kemudian dipukul dengan tali pinggang kulit pada bahagian kaki sehingga lebam teruk.
Apabila ditemuramah oleh pihak polis, ketiga-tiga anak Austin berkata bapa mereka seorang pemarah dan mereka kerap dipukul walaupun atas kesalahan yang kecil.

Lelaki tumbuk sepupu wanita hingga patah hidung kerana geram dengan gurauan


KUANTAN: Seorang lelaki menumbuk sepupu wanitanya sehingga patah hidung kerana geram dengan wanita itu yang mengambil dompetnya sebagai satu gurauan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, lelaki berusia 22 tahun itu pergi berjumpa sepupunya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai perabot di Raub, pagi semalam.
Beliau berkata sebelum beredar, dompet lelaki terbabit telah diambil oleh sepupunya berusia 24 tahun tanpa disedari sebagai satu gurauan.

"Kira-kira 12 tengah hari itu, wanita tersebut ke rumah sepupu lelakinya di Taman Raub Jaya untuk memulangkan semula dompetnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya selepas memulangkan dompet berkenaan, mangsa yang hendak pulang telah dihalang oleh sepupu lelakinya itu, yang melepaskan tumbukan ke bahagian muka sepupunya selain menyepak dan menghantuk mangsa ke dinding, kerana dipercayai geram dengan gurauan itu.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlalu marah kerana memerlukan kad pengenalannya untuk belajar memandu.

Sementara itu, seorang surirumah menerima tiga jahitan di kepala selepas dipukul suaminya kerana gagal menyiapkan makanan di rumahnya di Taman Netas Maju, Mentakab pada Rabu lepas.

Mohd Haris berkata dalam kejadian pada 3 petang itu, suami mangsa yang berusia 55 tahun baru pulang daripada mencari kerja dan ingin menikmati makanan namun isterinya masih belum menyiapkan hidangan.

Katanya mangsa berusia 39 tahun kemudian dipukul dengan kayu di kepala oleh suaminya sebelum dipijak sehingga pengsan.

Kejadian itu turut disaksikan empat anak mereka yang berusia 5 hingga 13 tahun, katanya. - BERNAMA

Disaman Kerana Ugut Mahu Sebar Gambar Bogel Isteri


Gambar Bogel Isteri
Kuwait – Seorang lelaki Kuwait berdepan saman daripada isterinya selepas dia mengancam untuk memuat naik gambar bogel isterinya di dalam Facebook dan Twitter selepas kedua-dua mereka bergaduh.



Selepas mendapat ancaman berkenaan, isterinya telah memaklumkan kepada anggota keluarganya mengenai ancaman tersebut.
Kakak wanita itu kemudiannya cuba menyelesaikan konflik berkenaan dan menjadi orang tengah dalam pergaduhan berkenaan.
Malangnya dia juga menerima ancaman sama daripada lelaki berkenaan.
Melihat keadaan itu, kakak wanita tersebut terpaksa mendapatkan bantuan undang-undang.
Dia kemudiannya membuat laporan di balai polis.
Lelaki itu kini disaman kerana menggunakan telekomunikasi untuk menceroboh hak asasi individu lain.
Sekadar Gambar Hiasan
Iklan Teks: 

[Video] Ngeri! Pasangan Dirempuh Dan Dilenyek Kereta Di China

Ngeri! Pasangan Dirempuh Dan Dilenyek Kereta Di China (Video) | Kes orang awam dilanggar dan dilenyeksudah seperti menjadi satu laporan berita yang biasa kita dengar di China. Ia dianggap sebegitu, kerana banyak kes-kes yang sama terjadi sebelum ini. Terbaru, terdapat sebuah video yang dimuat naik di Youtube memaparkan tentang pasangan yang tiba-tiba dirempuh kereta dari belakang. Malangnya, pemandu wanita tersebut terus melenyek mangsa.Kami difahamkan, pemandu tersebut mahu menekan brek, namun akibat panik, ia terus tertekan pedal minyak. Boleh tonton video di atas ini.
china1
china2
china3
china4