Gambar: Cara Pengemis Buat Luka Raih Simpati

 Gambar: Cara Pengemis Buat Luka Raih Simpati

Pengemis-pengemis di negara China terlalu pandai untuk meraih simpati orang ramai di negara mereka hanya kerana ingin mendapatkan duit.
Caranya mudah bagi mereka.
Pengemis-pengemis akan membuatkan diri mereka seolah-oleh mempunyai luka yang teruk dan berdarah banyak.
Dengan cara itu, orang ramai akan berasa kasihan dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Luka yang dilihat sangat teruk sebenarnya hanyalah dibuat-buat sahaja.
Dengan bahan-bahan yang tertentu, mereka mampu membuat luka atau kesan sakit yang teruk di kulit mereka.
Bahan-bahannnya adalah:
-    Gam
-    Pewarna merah
-    Span pencuci pinggan
-    Pencungkil gigi
-    Pengorek telinga
1.    Sapukan gam pada kulit dan dibiarkan hingga kering.
1

2.    Selepas kering, gosokkan sedikit bahagian gam itu dengan span pencuci pinggan.
2
3.    Pewarna merah disapukan sedikit di bahagian gam.
3
4.    Gam yang sudah kering di cungkil bahagian tepi dengan pencungkil gigi bagi melihatkan kulit terkopek.
4
5.    Sapukan pewarna merah dengan pengorek telinga di bahagian yang menampakkan luka dalam.
5
Mudah bukan?
7
Oleh: NAIMAH SHAARI