Kereta Porsche Hancur Langgar Pokok (3 Gambar)

GEORGE TOWN: Seorang ejen hartanah mati dan teman lelakinya cedera parah setelah kereta Porsche yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Jalan Kelawei. Mangsa, Elizabeth Cheang, 24 mati ditempat kejadian manakala teman lelakinya, yang memandu ketika itu mengalami cedera parah di bahagian kepala. MAngsa yang terselamat kini dirawat di wad ICU di Hospital Pulau Pinang.