Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3 ! Jangan Jadi Macam Lelaki Ini (10 Gambar)

Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3, Jangan Jadi Macam Lelaki Ini (10 Gambar) 
Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang dia nampak?

#buta punya olang... terang2 kat depan dah tulis.. 

Invalid Domain Name











Mayat Reput Atas Kerusi ! [5 Foto]


Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk.
Saya bersama 6 anggota bantuan teknik
dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia
menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan
sebarang kesan kesan jenayah.. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang
baunya busuk menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg
terbaring di atas sofa…dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas
mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar…

saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah….dan buat pemeriksaan. Ada
dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel.
rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk…ada sedikit beras dan
minyak masak.
Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun….saya menghubungi satu
no tel.di jawab oleh seorg perempuan muda…20 tahun…dan itu
cucunya…mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk b edah siasat esoknya.
di mana anak anaknya?
baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti,
menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan…mungkin ayah tak
mahu mengikut…berdasar kan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal
pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang
mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang
menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat…tentang kesilapan mereka
meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif…tanpa
menghubungi, tiada link dgn jiran jiran…seorang pun anak anaknya 5
lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka…apatah
lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja
yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam…sejurus sebelum
pengsan.

Ngeri! Perut Dirobek Angkara ‘Lan Todak’ ?


Ngeri! Perut Dirobek Angkara ‘Lan Todak’ ? | Jika dalam filem Juvana, Lan Todak merupakan antara pelatih yang paling ditakuti dalam Sekolah Indera Sakti, tetapi lelaki ini ia mempunyai sejarah tersendiri dengan ikan todak realiti. Malang tidak berbau buat dirinya apabila tiba-tiba diserang seekor ikan todak yang melompat dan terus menusuk perutnya. Kejadian itu berlaku dengan pantas sekali. Lelaki yang dikenali sebagai Abu Bakar Bachik, menceritakan saat beliau diserang.
 perut

“Mungkin ikan todak ini dendam dengan saya kerana bapa tiri saya pun orang panggil ‘Hashim Todak’ kerana zaman mudanya suka memburu ikan todak untuk dimakan setiap kali turun ke laut,” kata nelayan Telok Kemang, Abu Bakar Bachik, 57, yang cedera ditusuk ikan todak di bahagian perut ketika menjaring ikan berhampiran sebuah resort di Batu 7 di sini, awal pagi Isnin lalu.
Menurut Abu Bakar, ayah tirinya itu berhenti menjadi nelayan kira-kira 20 tahun lalu.
“Setahu saya, sepanjang ayah menjadi nelayan dan memburu ikan todak, tidak pernah dia diserang ikan ini,” katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan, dekat sini, semalam.
Dia yang lebih dikenali sebagai Pak Abu berkata, ketika kejadian jam 3 pagi itu dia dan rakannya, Rosli Abd Manap, 55, melalui kawasan berhampiran resort itu.
Katanya, dia memandu bot manakala Rosli duduk di tengah bot hampir dengannya.
Tiba-tiba saya nampak kelibat ikan todak ‘terbang’ dan terus menusuk perut sebelah kiri dan hampir mengenai pusat. Saya rasa macam kena tumbuk dan terkejut dengan kejadian yang berlaku begitu pantas.
“Ikan todak lebih satu meter itu kemudian melompat ke laut. Saya ketika itu memakai dua lapis baju belum berasa sakit, sebelum darah mengalir membasahi baju dipakai.
Sumber : Harian Metro

Video Bunuh Diri Terjun KB Mall




Terkejut, tergamam, terpana kami sekeluarga. Menakutkan! Baru jer tengok Video Seorang Budak Perempuan Bunuh Diri dengan terjun dari KB MALL. Mujur tergerak hati nak jenguk Facebook tadi. Tak pasti apa motif budak perempuan ni cuba bunuh diri dengan terjun dari bahagian atas KB Mall. Mungkin sebab gagal ataupun kecewa dengan keputusan SPM yang diumumkan semalam, ataupun mempunyai masalah dalaman atau masalah dengan boyfriend atau masalah keluarga? Wallahualam.

Tak pasti bila tarikh dan masa sebenar kejadian ni berlaku. Tapi around petang2 dalam jam 4 – 5 petang tadi 24 Mac 2011 dan direkodkan dan dkongsi sendiri oleh perakam video tersebut yang berada di tempat kejadian KB Mall masa tu.

Video baru cuba-cuba nak terjun:


Mujur ada pasukan BOMBA yang pantas datang untuk cuba menyelamatkan cubaan bunuh diri budak ni. Berjayakah diselamatkan? 



Nasib baik umur masih panjang dan dikhabarkan budak perempuan ni hanya cedera ringan..dia selamat sebab pihak Bomba dan Penyelamat dah bersiap sedia dengan tilam di bawah. Alahai dik…tak tahu ke hukum bunuh diri tu haram? Tak cium bau syurga laa jawabnya. Banyak lagi cara lain untuk menyelesaikan masalah!

Serius : Apabila Awek Punk Pakai Tudung (2 Gambar)



Jangan terkejut..ini adalah benar.. awek punk pun nak pakai tudung gak.. Tapi macam kurang sesuai la.. pelik jer..



p/s : Kasi komen skit.. 
Sumber : here


Sembilan mayat ditemui tergantung


Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan.


Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.

Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat.

Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini.Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo.

Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan.Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico.

BR1M Untuk Remaja Akan Dinaikkan Daripada RM250 Kepada RM500?


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 3.0 dan 4.0 untuk golongan remaja mungkin dinaikkan daripada RM250 kepada RM500 jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan BN tidak akan berhenti untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat, termasuk kepada golongan remaja walaupun pemberian BR1M tidak pernah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bukan sahaja memberi jaminan BR1M yang mula diperkenalkan tahun lalu akan diteruskan, malah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000, tetapi dengan syarat BN diberi mandat besar untuk terus mentadbir negara.
“Saya sendiri akan berjumpa dengan Najib dan memohon supaya dia mempertimbangkan menaikkan BR1M untuk remaja daripada RM250 kepada RM500 setiap individu yang layak.
“Jika Perdana Menteri bersedia menaikkan BR1M daripada RM500 kepada RM1,000 untuk golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah, saya berpendapat tidak menjadi halangan kerajaan BN menaikkan kadar itu kepada remaja yang berpendapatan RM2,000 ke bawah,” katanya ketika ditemui selepas berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya Peringkat Parlimen Hulu Terengganu. – Berita Harian

Demam Harlem Shake Mula Serang Malaysia!

Demam Harlem Shake Mula Serang Malaysia!

Apakah Harlem Shake?



Fenomena Harlem Shake nampaknya semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia apabila terdapat puluhan video yang dibuat berdasarkan tarian yang berasal dari Harlem, New York itu.

Tarian yang diperkenalkan pada tahun 1981 itu dilihat mampu menandingi kehebatan fenomena tarian Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi dari Korea, Psy pada tahun lalu.

Tarian ini hanya memerlukan anda mengerakkan tangan, bahu dan pinggang dengan kadar yang laju dan turut boleh memasukkan tarian ‘free style’ anda sendiri.

Di bawah ini merupakan kompilasi video Harlem Shake yang dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri.
Bermacam-macam gaya yang dipaparkan.

Kelakar dan tak kering gusi melihat gelagat mereka kan..

Apa kata anda selepas menonton video ini dan adakah video-video ini memberi anda idea untuk Harlem Shake versi anda sendiri?

Oleh: JULIANA JOHAR

Seorang Wanita Muda Maut Dihempap Lembu

Maut Dihempap Lembu 

  

JENGKA – Seorang pembonceng wanita maut dihempap lembu apabila motosikal dinaikinya melanggar haiwan itu dalam satu kemalangan yang berlaku kira-kira 400 meter dari simpang masuk tanah rancangan Jengka 18, kelmarin.



Mangsa, Nurul Nasirah Mat Nasir, 25, meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dihimpit lembu terbabit yang mati dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 30.6 jalan Temerloh-Bandar Jengka.

“Berdasarkan siasatan, penunggang motosikal dikatakan tidak sempat mengelak apabila secara tiba-tiba, seekor lembu melintas di hadapan mereka.

“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya semalam (kelmarin),” katanya.

Difahamkan, mangsa baru sahaja menamatkan kursus kejururawatan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya. – Sinar Harian Online

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Di antara cara wanita berjalan seperti di bawah ini, gamaknya yang manakah diri anda...???

Hiasan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

40 Aduan Popular Isteri Terhadap Suami


Tak kusangka rupa-rupanya banyak sungguh aduan yang diterima oleh mahkamah syariah dan non government organization (NGO) berkenaan luahan rasa tidak puas hati golongan isteri terhadap suami.
Semalam aku sempat berbual dengan seorang kawan baru, Khairul or Khairil, seorang peguam yang aku jumpa dalam bas. Dia kata bandar yang mencatat kes cerai paling tinggi ialah jeng jeng jeng..korang mesti rasa Kuala Lumpur kan. Tapi salah tekaan korang tu. Jawapannya ialah Seremban. Sebab apa? Sebabnya kalau korang celik ilmu, dan rajin membaca, dulu peneroka-peneroka dari Felda Sendayan mendapat durian runtuh iaitu hampir RM1 juta seorang dari kerajaan. Maka lelaki kalau dah ada duit, mulalah kan. Jadi, di situlah puncanya jadi kadar penceraian yang tinggi. Tapi fakta ni tidak disokong oleh mana-mana statistik ya, jadi jangan ambil fakta ni buat kertas thesis korang pulak, kena gelak ngan lecturer. Apa-apa pun, di bawah merupakan 40 aduan popular, semoga golongan isteri-isteri dan juga suami-suami dapat mengambil iktibar. Pesan aku yang dah kawin, kahwin ni umpama tali, kalau seorang tarik, hendaklah seorang lagi mengendurkannya, jangan dua-dua tarik, nanti putus. Bersabarlah banyak-banyak ye. Sekian. :)
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung.
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’.
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa~pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda…sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin.Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
Sumber: Email

Mengapa Wanita Ini Menyimpan Darah Haid Dan Air Mani Gajah?


Mengapa Wanita Ini Menyimpan Darah Haid Dan Air Mani Gajah? | Sudah banyak kita dengar kes kecurangan isteri di belakang suami. Namun ada juga yang tergamak sanggup menyihir suami sendiri semata-mata mahu dipandang berkuasa sebagai ketua di dalam rumah. Apa yang di arah isteri, suami sepert ‘tertunduk’ menurut perintah. Itulah kisah di mana seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.
Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami. Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.
Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.
“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.
“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.
Dia berkata, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.
“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.
“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.
Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.
“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.
Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.
“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah.
“Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.
Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk `dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.
“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat,” katanya.
Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.
Disihir minyak dagu
Sementara itu, akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang wanita di sini membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.
Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009.
Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.
Lebih tragis lagi, wanita berusia 33 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Dee berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatri, Hospital Selayang selepas mengalami gangguan mental.
“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya atas urusan kerja.
“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.
“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu,” katanya.
Dee berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.
Biarpun dimaki-hamun dan disepak terajang saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat mahu pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat itu,” katanya.
Menurutnya, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.
“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.
Kemuncaknya, keadaan diri Dee menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu mayat pada badannya.
Dee bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.
Di dunia ini janganlah sesekali kita berkawan dengan makhluk halus kerana dengan meminta bantuan dari alam ghaib akan menyebabkan kita akan terpesong dari agama. Seperti kes-kes di atas, sudah banyak terjadi sebenarnya dan diharapkan kepada para suami supaya sentiasa memperbanyakkan amalan ibadah kepada Allah SWT. Perbanyakkan juga amalan ibadah di dalam rumah. Semoga kita terpelihara dari gangguan syaitan.
Sumber: Sinar Harian 

Ngeri! Suami Ditembak Dan Ditetak Depan Isteri


Ngeri! Suami Ditembak Dan Ditetak Depan Isteri | Tidak tahu apakah puncanya. Itu yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki bergelar suami yang sedang asyik bersarapan dengan isterinya tiba-tiba diserang oleh dua orang lelaki. Kami difahamkan ketika mangsa sedang bersarapan, muncul dua orang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan sejurus selepas itu cuba menetak mangsa. Isteri mangsa tergamam dan hanya mampu menjerit. Bagaimanapun suspek berjaya melepaskan diri. Al-Fatihah untuk mangsa.
tetak
Polis mengusung jenazah mangsa untuk dibawa ke hospital. Gambar kecil: Keadaan dalam warung yang berlumuran darah akibat kecederaan mangsa.
BACHOK – Seorang isteri melalui detik tragis dalam hidupnya apabila melihat sendiri kesengsaraan suaminya yang maut ditembak dan ditetak dalam sebuah warung di Kemasin, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, bekas tentera, Sauti Muda, 57, maut ketika bersama isterinya, Sarina Abdullah, 40, bersarapan di kedai sepupunya yang terletak 600 meter dari rumah mereka.
Menceritakan detik cemas itu, Sarina berkata, ketika bersarapan, dia ternampak dua lelaki memberhentikan motosikal di depan warung lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah suaminya kira-kira jarak enam meter.
“Arwah sempat melompat masuk bersembunyi bawah meja. Namun suspek  masuk ke dalam warung dan melepaskan beberapa lagi tembakan sebelum seorang lagi suspek datang menetak mangsa dengan pedang sebelum melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian dia hanya mampu meraung, malah pelanggan yang ada di kedai juga tidak mampu membantu kerana tergamam dengan suasana tengang di warung tersebut.
Sarina berkata, dia tidak menyangka sarapan pagi semalam adalah kali terakhir bersama suaminya.
“Pagi semalam arwah kejutkan saya sebab waktu Subuh sudah lewat. Selepas itu kami keluar membeli nasi di Beris Kubur Besar sebelum makan di warung itu,” katanya yang mempunyai enam anak.
Sarina berkata, minggu lalu anak lelakinya yang berusia 16 tahun pernah dikejar lelaki bermotosikal dan  mengacukan pisau kepada anaknya.
Malam kelmarin juga rumahnya dikatakan dikelilingi beberapa lelaki kerana terdengar bunyi itik bising dan kelibat orang di luar rumahnya.
“Malam tadi (kelmarin) juga ada orang kelilingi rumah kami. Tetapi kami tidak pedulikannya.  Ketika kami keluar membeli sarapan, anak beritahu ada orang datang mengelilingi rumah kami,” katanya yang redha dengan pemergian suaminya itu.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani yang mengesahkan kejadian percaya kes tersebut bermotifkan dendam dan siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suspek yang tidak bertopeng dikenalpasti oleh saksi dan dipercayai aktif menjalankan aktiviti jenayah di sekitar Bachok,”katanya.
Ab Rahim berkata, gerakan mengesan suspek dijalankan segera dengan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi.
Sumber : Sinar Harian

Tragedi Hari Kekasih : Wanita Maut Ditikam Tiga Kali


pix_gal0
Tanggal 14 Februari bagaikan tarikh untuk membunuh diri. Semalam, seorang wanita bangsa Cina berusia 36 tahun dikatakan terjun dari tingkat enam di pusat membeli belah Berjaya Times Square akibat bergaduh dengan kekasihnya. Satu lagi kes berlaku di Bukit Mertajam apabila seorang wanita ditikam oleh teman lelakinya sendiri awal pagi semalam.

Akibat cemburu, seorang lelaki sanggup menikamsehingga mati seorang gadis sebelum bertindak menikam dirinya sendiri sebanyak empat kali di sebuah rumah di Taman Hwa Seng dekat Alma semalam. Mangsa, Tan Ching Chin, 24, sedang mandi di rumah tersebut sebelum pemuda itu menikam mangsa sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, mangsa mati di tempat kejadian dan pemuda itu masih berada dalam keadaan kritikal.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, suspek dipercayai menaruh hati terhadap mangsa yang merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat abang gadis itu yang juga tempatnya bekerja.
Menurutnya lagi, kedua-duanya baru berkenalan selama enam bulan dan suspek berada di rumah mangsa sejak 10 Februari lalu untuk bersama-sama menyambut Tahun Baharu Cina.