Video: Papa kejam tendang anak sampai tersungkur

Belajar menjadi ibu ayah sebelum belajar membuat anak. Itulah antara komen betapa marahnya mereka yang telah menonton video ini. Kelihatan seorang kanak-kanak sedang menuruni tangga dan mengikut pergerakannya, mungkin kanak-kanak tersebut telah letih.
 Papa kejam tendang anak sampai tersungkur


Namun apabila sampai ke bawah, satu sepakan padu dilepaskan ke belakangnya dan dipercayai dilakukan oleh bapanya sendiri. Tidak cukup sekali, ditambah pula sepakan kedua menyebabkan kanak-kanak tersebut betul-betul sakit dan menangis. Si ibu bukan sahaja tidak menghalang perbuatan si bapa, malah ditarik pula telinga si anak sebelum berlalu dari situ. Orang ramai yang lalu-lalang terkejut dan hanya memerhati kelakuan mereka.