[Video] Perompak menangis dipukul mangsa

Satu insiden rompakan bersenjata yang mengejutkan telah berlaku di sebuah sebuah stesen minyak yang terletak di Oldenburg, Jerman. Namun insiden tersebut berakhir dengan saat dramatik dimana perompak tersebut menangis teresak-esak dan merayu agar dilepaskan.




Dalam rakaman CCTV, pekerja di stesen minyak tersebut sempat menekan suis kecemasan bagi meminta pertolongan. Kemudiannya dia berlari ke bilik berdekatan dan mengambil kayu pemukul baseball. Dia memukul kepala perompak tersebut berkali-kali dan memaksanya meletakkan pisau dan menyerah diri.


Menyedari dirinya bakal dijatuhi hukuman penjara, perompak tersebut memeluk pekerja itu dan merayu dengan kesedihan, "Tolong benarkan saya pergi. Saya mempunyai isteri dan anak-anak." Pekerja di steten minyak tersebut bersimpati dan memberikan kertas tisu untuk mengeringkan air matanya.


Ternyata cerita mengenai isteri dan anak-anaknya hanyalah rekaan bagi melepaskan diri dari menerima hukuman. "Polis memberitahu saya bahawa dia telah menipu. Dia ingin menghabiskan duit tersebut untuk membeli dadah.