Terbaru #LahadDatu : Gambar- Gambar Mayat Pengganas Sulu Yang Dikumpulkan..


Ketua Forensik Bukit Aman, ASP Hussein Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan 16 mayat kumpulan pengganas Sulu yang mati ditembak oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu yang kini diletakkan di Hospital Lahad Datu.

Gambar diperolehi dari Utusan Malaysia..Beginilah gambar terkini keadaan mayat pengganas sulu yang admin ingin kongsikan bersama pengunjung setia laman ini.Kakitangan unit forensik Hospital Tawau menunjukkan dua dari empat mayat pengganas yang dibunuh di Kg. Simunul, Semporna yang kini masih disimpan di bilik mayat hospital berkenaan.
Dua mayat pengganas yang ditembak di Semporna dalam insiden di Kg. Simunul baru-baru ini ditunjukkan kepada media di rumah mayat Hospital Tawau

Satu Daripada Lapan Belas Dipercayai Komander Musa



LAHAD DATU: Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

“Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.
Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.
Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.
Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi. – BERNAMA

Kawasan Keselamatan Khas Sabah Dikenali Sebagai Esscom



Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada Isnin mengumumkan bahawa kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah akan dikenali dengan nama Eastern Sabah Security Command (Esscom).

Beliau berkata, nama Esscom itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) pada mesyuaratnya di sini, Isnin.

"Penggunaan nama Esscom juga dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perincian butiran lanjut mengenai hal ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.

Khamis lepas, Najib mengumumkan pembentukan kawasan keselamatan khas ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pencerobohan pengganas Sulu di Felda Sahabat 16, berdekatan dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Kumpulan pengganas dari selatan Filipina itu memasuki Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu dan sejak itu menjadikan kampung tersebut sebagai kubu mereka serta enggan menyerah diri atau meletakkan senjata.

Pada 1 dan 2 Mac lalu, kumpulan pengganas itu telah bertindak ganas dengan melakukan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan negara, mengakibatkan lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul, Semporna.

Musa, semasa mengadakan persidangan video dengan Najib di Putrajaya pada Isnin, berkata rakyat menyambut baik pengumuman perdana menteri mengenai pembentukan kawasan keselamatan khas dari Kudat hingga ke Tawau.

Selain itu, lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang kawasan itu dengan pusat kawalannya di Lahad Datu.

"Saya yakin, langkah ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat, pelabur dan pelancong terhadap tahap keselamatan khususnya di kawasan pantai timur Sabah," katanya.

Pada persidangan video itu, Musa turut menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga keselamatan rakyat di Sabah khususnya di Lahad Datu.

"Pengorbanan anggota keselamatan tidak sekali-kali akan dilupakan sebaliknya rakyat Sabah akan terus mengingati dan menyanjung tinggi segala bakti dan pengorbanan mereka," katanya. - BERNAMA

UPDATE OP DAULAT 12 Mac 9.25 Pagi : Saudara Terdekat Sultan Sulu Di Tahan


Saudara terdekat Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu ditahan polis dalam usaha mengesan 20 lagi suspek utama yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Tanduo.

Polis enggan mendedahkan butiran mengenai maklumat keluarga Kiram yang sedang diburu tetapi sekurang-kurangnya dua suspek dipercayai adalah adik dan sepupu kepada Raja Muda Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata itu ke Tanduo.

Suspek pertama yang terlibat dalam mengangkut ikan, tinggal di Lahad Datu bersama dengan keluarganya dan berpindah ke Semporna baru-baru ini.

Dia menghilangkan diri selepas membantu dalam rundingan dengan kumpulan pengganas tersebut bagi menamatkan pencerobohan yang bermula pada 12 Februari lalu.

Namun tidak diketahui sekiranya dia adalah salah seorang yang ditahan memandangkan keluarga Kiram mempunyai ramai saudara yang tinggal di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Mereka yang ditahan setakat ini melibatkan sekurang-kurangnya tujuh anggota beruniform, seorang ahli politik tempatan dan ramai pesimpati di Lahad Datu dan Semporna di mana serbuan dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, enam lagi suspek ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan pengganas menjadikan jumlah tahanan kepada 97 orang.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Beliau berkata 125 yang lain turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan zon merah, lokasi di mana Ops Daulat sedang dijalankan.

mStar

Krisis Lahad Datu - Cikgu Gelar Polis Anjing!



Ini muka manusia ( baca ; anjing)  yang memanggil pasukan Polis kita yang bersukat darah, bertimbang daging berjuang demi tanah air kita nun  jauh di hujung tanah Sabah dengan panggil"Anjing". Nak dipanggil bebal, dapat kerja sebagai cikgu..


Benar bukan semua cikgu tuh pandai. Namun kalau dah Level kebodohan-kebiadapan macam nih... rasanya orang macam nih layak juga kita tahan , masukan dia sekali dalam satu sel dengan geng geng penganas Sulu. BIADAP! Sama macam Anwar....
Dibawah Ada beberapa screenshot, mahu lebih detail? sila klik sini 








Apakah Pengumuman PM pada 11 Mac 2013, elaun rumah naik ?



Apakah Pengumuman PM pada 11 Mac 2013, elaun rumah naik ? Elaun rumah tak naik lah , cuma , gaji naik satu anak tangga , jadilah janji naik , penjawat awam  kontrak nampaknya selamat lagi setahun , paling bertuah ATM dan PDRM , naik gaji lagi , petikan dari Ammboi.com  , baca bawah ni , tak tau dia petik dari mana ....
Untuk Warga ATM dan Polis (PDRM):

    Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain.  Perdana Menteri berkata, ia mencakupi skop tugas, struktur pangkat dan kelayakan ATM dan PDRM.
    Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
    Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam.
    Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam.
    Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam

Untuk Kakitangan Awam Berstatus Kontrak:

    Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi.
        Kira-kira 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

Untuk Semua Penjawat Awam:

    Kerajaan setuju beri kaedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan yang diawalkan pada 1 Julai 2013 kepada semua penjawat awam.
    Semua struktur gaji maksimum diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3 kenaikan berkuatkuasa 1 Jan 2013. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni ..... 

97 ditahan sebagai Ops Daulat memasuki Hari 7



Pihak polis telah menahan 97 orang sehingga kini di bawah Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) Akta 2012 (Sosma) sebagai Ops Daulat memasuki hari ketujuh hari ini di Sabah.

Sabah pesuruhjaya polis Hamza Taib (kiri) berkata bahawa tahanan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Gadungan 'Tentera Diraja Sulu'.

"Sebagai inspektor agung polis (Ismail Omar) telah berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 130 (c) (Kanun Keseksaan mengenai keganasan) dan Sosma," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat Beach Resort , Lahat Datu, pagi ini.
Hamza juga berkata badan lain telah pulih hari ini, menaikkan angka kematian kepada 54, berikutan pertempuran senjata yang telah berakhir pada pukul 4 pagi semalam.
Hamza berkata 22 badan-badan telah dihantar ke Hospital Tawau dan Lahat Datu untuk bedah siasat akan dijalankan.

"Kali ini, kita boleh membuktikan bahawa kita telah pulih badan .. Sekarang kita dipaksa untuk menunjukkan badan (kepada media) untuk membuktikan bahawa ini adalah mayat pengganas yang menceroboh ke tanah air kita," katanya.
Diminta untuk mengesahkan laporan New Straits Times bahawa Azzimuddie Kiram, pemimpin penceroboh tentera, telah melarikan diri pengepungan oleh pasukan keselamatan dan bersembunyi di Semporna, Hamza segera menolak ia
"Jika saya telah diketahui dia adalah di Semporna, saya akan telah ditangkap kepadanya lama dahulu," katanya.
Pihak polis telah menahan 125 orang yang cuba untuk memasuki zon operasi.

Hamza berkata mereka yang tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu boleh pulang ke rumah tidak lama lagi, kerana operasi polis hampir siap.

"Tumpuan kami kini hanya Tanjung Batu dan Kampung Sungai bilis," katanya, tetapi tidak akan bertindak balas kepada soalan mengenai tempoh masa untuk Ops Daulat.
Kedua-dua kampung ini terletak berhampiran Kampung Tanduo.
Semua kampung dalam zon operasi telah dipindahkan, dan penduduk diletakkan di pusat-pusat bantuan, katanya.
Identiti remaja Mati ditentukan
Polis memeriksa identiti budak remaja yang telah pendek mati pagi semalam manakala pasukan keselamatan telah mengesan penceroboh berhampiran zon merah.
Hamza berkata jabatan siasatan jenayah menjalankan cek.

Beliau menafikan laporan di media Filipina mendakwa bahawa polis telah ditembak di awam dan wanita hamil semasa operasi.

"Saya amat menafikan bahawa Jika anda melihat kejadian semalam, jika pasukan pasukan keselamatan telah benar-benar mahu untuk menembak, kita tidak akan diperlukan untuk menangkap sesiapa," katanya, menunjukkan bahawa tidak ada laporan polis telah diterima.

(KISAH BENAR) MAYAT TIDAK DITERIMA BUMI


MAYAT TIDAK DITERIMA BUMI (KISAH BENAR) |  Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh.
Begini ceritanya :-
Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.
Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.
Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.
Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut.
Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.
Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.
Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.
Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan.
Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.
Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.
Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.
Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi.
Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.
Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.
Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan.
Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.
Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.
Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Artikel Mengarut Indonesia Menganai Pencorobohan Lahad Datu Sabah [Wajib Baca]



Artikel Mengarut Indonesia Menganai Pencorobohan Lahad Datu Sabah [Wajib Baca]-Salam kepada semua rakyat malaysia.setelah puas mencari berbagai sumber menganai pencorobohan di lahad datu sabah.akhirnya admin terjumpa satu laman blog milik indon yang memperkatakan menganai isupencorobohan lahad datu sabah.

Sebagai rakyat sabah,saya memang tidak puas hati dengan penjelasan yang blogger indon ini kata terutama kata-kata indon ini:
” Mungkin beberapa tahun terakhir ini Malaysia sengaja tidak membayar kompensasi sewa kepada Kesultanan Sulu sehingga membuat Kesultanan Sulu ingin mengambilnya kembali. Sudah sewajarnya jika dalam sewa menyewa jika si penyewa tidak membayar biaya sewa pasti akan diusir yang punya tanah”
Betul ke sebab malaysia tak bayar sewa kepada kesultanan sulu pencoroboh buat hal?..kepada yang tahu sila beri komen dan jangan lupa untuk ke laman blog indon ini disini : http://www.lintasberita.web.id/sabah-malaysia-di-serang-kesultanan-sulu/.
Agak-agak lah malaysia tak bayar sewa?..ingat malaysia miskin ke macam indon-indon ni?…lu fikir lah sendiri..

Mitsubishi CA-MiEV - seterusnya-gen i-MiEV?


Mitsubishi CA-MiEV 01
Fikirkan semasa i-MiEV adalah sedikit terlalu comel dan kitschy perlu diambil serius? Nah, Mitsubishi CA-MiEVperlu mengubah pandangan itu kemudian - konsep, yang menyertai GR-HEV konsep pikap atas menunjukkan di Geneva, menajamkan persembahan oleh lebih daripada beberapa darjah.

4,05 meter panjang reka bentuk kononnya preview arah reka bentuk syarikat di hadapan kenderaan EV, jadi gantian akhirnya i-MiEV juga boleh meminjam elemen-elemen reka bentuk yang banyak dari CA-MiEV. Ada kekurangan glitz, pasti - isyarat gaya luaran merangkumi headlamps dan lampu kombinasi belakang berdasarkan motif berlian dipotong serta roda dengan jejari dengan reka bentuk dipotong aspek.
Menjanakan kajian CA-MiEV adalah tinggi kecekapan sistem EV menampilkan ringan EV komponen, yang termasuk motor kW 80 dalam campuran. Dengan bateri 28 kWh litium-ion diikat pada, kereta dapat melakukan 300 km atas tuduhan tunggal. Terdapat juga sistem sepenuh masa regeneratif brek yang menawarkan kadar pemulihan tenaga yang lebih baik, serta wayarles resonans magnetik mengecas peranti untuk membolehkan pengecasan mudah.
Bercakap mengecas, kemudahan datang dalam bentuk operasi kawalan jauh untuk menguruskan mengecas dan menyahcas, dicapai melalui telefon pintar atau peranti tablet. Berteknologi lain yang dilihat pada konsep termasuk Kawalan Cruise Aktif, Tanah Amaran Berlepas dan Tebatan Pelanggaran Forward sistem.
Mitsubishi CA-MiEV 05 Mitsubishi CA-MiEV 04 Mitsubishi CA-MiEV 03 Mitsubishi CA-MiEV 02 Mitsubishi CA-MiEV 01

Pengumuman Kenaikan Gaji Dan Elaun Penjawat Awam 2013

Pengumuman Kenaikan Gaji Dan Elaun Penjawat Awam 2013 | Perdana Menteri Malaysia hari ini dijangka akan mengumumkan berita gembira tentang kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam 2013. Para penjawat awam sedang menanti berita gembira yang telah acap kali dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

jadual gaji baru 2013, pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam 11 mac, senarai keputusan kenaikan gaji kerajaan, keputusan kenaikan gaji penjawat awam 2013, penjawat awam, kenaikan gaji penjawat awam 2013, pm umum naik gaji 11 mac, kenaikan gaji kakitangan awam, senarai pengumuman kenaikan gaji 2013, kenaikan gaji pdrm dan polis, kenaikan gaji pekerja kerajaan

Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan awam di Putrajaya hari ini. Terdapat desas desus mengatakan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan kenaikan gaji dan elaun kepada kakitangan awam.

”Apa sahaja keputusan Perdana Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.

”Saya percaya mereka juga telah lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) September lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini.Omar mengulas harapan CUEPACS terhadap pengumuman yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan tuntutan yang dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu.

Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahansemakan kenaikan gaji maksimumkenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.

”Adalah penting tuntutan-tuntutan itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan berintegriti,” katanya. - BHARIAN

Sumber - http://www.akupunyer.com/2013/03/pengumuman-kenaikan-gaji-dan-elaun.html#ixzz2NDbby6nl

Foto Mesra Hetty Sarlene Bersama Kekasih


Hetty Sarlene 9
Bagi anda yang mengikuti drama bersiri “Sembilu Kasih” pada suatu ketika dahulu, pasti anda kenal dengan heroinnya iaitu Hetty Sarlene bukan?
Menerusi laman Instagram milik pelakon dan penyanyi ini sendiri, Hetty Sarlene telah memuat naik beberapa foto adegan mesranya bersama seorang jejaka dan melalui foto-foto yang dipaparkan, penyanyi ini tanpa segan silu merakamkan aksi-aksi mesranya bersama jejaka tersebut untuk dikongsikan kepada peminat.
Untuk makluman, Hetty Sarlene juga pernah popular dengan lagunya berjudul “Sangsi Asmara.”

Di sini kami paparkan beberapa foto Hetty bersama kekasihnya yang telah tersebar di Internet pada ketika ini :

GAJI BARU POLIS TENTERA 2013


As-Salam. Ini merupakan berita gembira yang bakal diterima oleh anggota keselamatan negara yang terdiri dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pengumuman mengenai gaji baru polis dan tentera 2013 ini bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia  dalam satu majlis hari ini (11 Mac 2013) iaitu Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pelarasan gaji PDRM 2013


Gaji Baru Polis Tentera 2013


Memetik sumber dari Berita Harian:

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini.

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.

Sumber: Berita Harian

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.

Menurut sumber itu lagi, anggota polis pelbagai pangkat akan menikmati tangga gaji baru seperti berikut:
  • Konstabel (N17)
    • P1 - RM1,013 - RM2,613.61 (P1)
    • P2 - RM1,0851.56 - RM2,681.56)
    • P3 - RM1,151.46 - RM2,751.46
  • Lans Koperal (N22)
    • P1 - RM2,164.44 - RM3,321.99
    • P2 - RM2,325.10 - RM3,657.02
  • Koperal (N26) 
    • P1 - RM2,482.33 - RM3,496.05
    • P2 - RM2,719.90 - RM3,815.70
  • Sarjan (N29) (lantikan)
    • RM1,710.39 - RM4,335.62.

Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013

  • Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. 
  • Gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 
  • Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.


Harapnya dengan pelarasan ini akan melegakan hati dan rasa gundah gulana para anggota keselamatan Malaysia, yelah ... bukan mudah tugas yang kena dipikul oleh mereka. Sempadan negara sangat luas, dan bagi mereka yang menjaga keselamatan kita, seharusnya diberikan imbuhan dan pelarasan gaji yang sepatutnya.

Dan harapnya tiada lagi istilah rasuah yang sering dikaitkan dengan mereka terutama PDRM, setelah gaji dan elaun diberikan sesuai dengan ketentuan masa dan tugas yang dipikul. Seharusnya, kita rakyat Malaysia berasa bertuah kerana negara mempunyai anggota keselamatan yang cekap dan bersedia untuk berjuang dalam apa jua keadaan.

Nilai darah dan nyawa yang dipertaruhkan tentu tidak dapat disamakan dengan apa yang mereka dapat dalam penyata slip gaji.
Dan cadangan HH, buka peluang lebih banyak kepada kaum wanita untuk sertai PDRM dan ATM, agar mereka ini dapat memberikan perhatian kepada jenayah atau kes melibatkan wanita. Wanita kini banyak menjadi mangsa kepada kegiatan jenayah, dan ia lebih baik kerana wanita sahaja dapat memahami perasaan wanita.

p.s: Kan manis kalau anggota PDRM senyum2 cam gambar di atas tu.


Duhai Remaja Dimanakah Rasa Hormatmu Terhadap Orang Lebih Tua ?Jangan Hanya Tahu Berlagak Pada Hasil Bukan Titik Peluhmu Sendiri



Assalamualaikum

Alhamdulilah ya Allah semalam segmen acik mendapat sambutan yang baik, syukur ya Allah. Hari nie kelas petang sempatlah update blog sekejap dan pemenang akan di beritahu secepat mungkin yer. Ahh sebelum terlupa acik nak buat perubahan di blog acik nie, kalau ada yang pandai edit untuk blog lelaki silalah inform pada acik.



Berbalik pada cerita, kadang kala acik lihat orang sekarang dah makin senang, dan nak kata kadar kemiskinan tu rendah. Setiap hari boleh makan mewah , di rumah ada orang gaji, remaja silih berganti handphone, segala gadget terbaru mudah di dapatkan dan bermacam-macam lagi. Is okey kepada mereka yang mampu ,tak salah pon sebab itu hak kamu . Tapi jangan kita menghina pekerjaan orang lain , itu adalah suatu kesalahan.

Bukan semua orang dapat rasa senang, bukan semua orang mampu hidup gembira setiap hari. Lumrah kita  manusia yang kadang kala di atas dan kadang kala di bawah. Tapi jangan kita terlena terlalu lama. Sudah lama acik perhatikan gelagat remaja sekarang yang sombong dan angkuh serta sifat menunjuk nunjuk kemewahan hidup.

Kalau kamu pergi ke seksyen 2,7 ,sekitar shah alam dan klang pastinya kamu akan lihat orang-orang tua membawa bungkusan menjual makanan ringan seperti keropok dan kerepek. Pada beberapa hari yang lepas, ada seorang mak cik nie datang ke meja makan kami dan tawarkan kerepek.

Kakak acik kata, kalau tengok orang tua berjual teringat mak di kampung. Dan kami belilah beberapa bungkus kerepek. Mak cik tu seperti terima kasih sangat kerana kami membeli kerepeknya. Dan akak acik interview mak cik ini tanya macam-macam sebab nak tahu juga kehidupan mak cik nie. Acik concentrate saje mendengar perbualan mereka. Dan paling acik tersentuh kata-kata makcik tu .

" Alhamdulilah anak beli kerepek mak cik , mak berjual memang setiap malam di kawasan sekitar sini ,anak mak cik tolong sekali. Paling mak cik sedih bila datang ke meja budak muda, mereka memperlekehkan mak cik. Mereka kata , mereka tak makan kerepek-kerepek nie , lebih sedap makan yang fast food.Mak cik tu rasa macam di hina dan terus berlalu pergi dengan hati yang kesal pada anak muda tersebut.


Dan pengalaman acik sendiri pula , ketika makan di seksyen 7, ada mak cik tu datang ke meja sepasang remaja yang asyik makan berdua-duaan dan mak cik itu tawarkan kerepek . Remaja perempuan itu kata , ishhh tak nak beli kerepek nie ,entah buat kat mana mesti kotor . Dia kata lagi ,mak cik dah tua duduk rumah diam diam saje, ada anakkan ? biar mereka jaga mak cik.. nie tak ,mesti anak pemalas suruh maknye yang bekerja.Dan pernah juga acik lihat , anak muda sekarang mempermain-main mereka.

Di mana hormat kita pada orang lebih tua ?? jangan kerana dek kesenangan yang kita ada kita bongkak dan megah diri. Kalau tak mak ayah kamu dulu bersusah payah mempertingkatkan usaha mereka untuk hidup lebih baik pastinya kamu tak rasa semua nie.Satu lagi, acik faham kebanyakan mereka nie student , duit banyak nak di gunakan tapi jangan kita memperlekehkan mereka. Kalau mereka terasa hati ,kita juga dapat dosa kan ? gunakan perdekatan terbaik. 

Acik bukan apa, cuma terkilan saje dengan remaja sekarang yang sombong dan angkuh pada harta yang bukan milik mereka. Mungkin hari ini kita mampu berlagak, hari esok kita tak tahu . Langit tak selalu cerah, awan tak selalu mendung. Hidup ini bukan kita yang tentukan., Jika Allah nak ambil segala nikmat kemewahan itu sekelip mata saje Dia mengambilnya. 

Oklah sampai sini dulu, fikir-fikirlah lah, mohon terasa kepada yang pernah buat pekara nie. Biar terasa sekarang sebelum terlambat. Kita bukan selalu ada di atas .okey ..

Renungan! Misteri Wajah Jenazah Bertukar Hitam


Berkhidmat dalam bidang menguruskan jenazah merupakan satu amalan yang mulia. Biarpun pekerjaan seperti ini, seperti satu yang menakutkan, ia merupakan satu tanggungjawab muslim kepada muslim yang lain. Seorang yang ditugaskan mengurus jenazah menceritakan detik pengalaman berhadapan dengan situasi terlihat wajah jenazah yang bertukar hitam. Ini bukan kisah seram untuk menakut-nakutkan kita, akan tetapi sebagai satu renungan buat kita semua.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.
“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.
Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Sumber KisahBest