CommJam Digunakan Oleh Angkatan Tentera Malaysia Dalam Operasi Di Sabah



Ramai yang tidak mengetahui (termasuk saya) tentang kewujudan CommJam 6x6 Fuch buatan Jerman yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia. Aset rahsia Electronic Warfare (EW) ini digunakan untuk menggagalkan sebarang bentuk komunikasi wireless oleh pihak musuh sekaligus menggagalkan koordinasi pihak mereka.

Pada masa ini, CommJam atau signal jammer ini digunakan oleh ATM dalam operasi yang sedang dijalankan di Sabah untuk mempertahankan kedaulatan nagara dari ancaman dari pengganas Sultan Sulu. Menurut facebook VAT 69, kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.

Walau apapun, saya ingin menyeru pembaca untuk berdoa kepada Tuhan bagi keselamatan dan kejayaan anggota-anggota tentera dan polis kita yang kini sedang berjuang di Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara.