Perhh!! Roadtax untuk kereta ini boleh beli kereta Savvy sebijik


Bugatti Veyron ni adalah kereta termahal yang berada di pasaran sekarang. Boleh mencapai kelajuan 407 km/h, tapi kalau nak bawak kat Malaysia sampai 407 km/h agak mustahil. Roadtax untuk Bugatti Veyron boleh beli kereta Savvy sebijik, RM 24,598.50. Ada gambar sebagai bukti. Tapi kat Malaysia ada kereta Lamborghini yang roadtaxnya RM 37 ribu. Lagi mahal, walhal kereta Bugatti Veyron lagi enjin besar, dan lagi laju. Minyaknya, RM 10 untuk 1km, Panchor pergi Muar jer, RM 300 untuk 30km.Jom kita tengok Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir.






Sumber: beritaserius