TERKINI!! Langsung Dari Lahad Datu 6-3-2013 Laporan Terkini Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah


4.35 ptg - Lagi Gambar Suspek yang ditangkap di Semporna




4.25 ptg - Sidang Media DS Hishamudin dan Zahid Hamidi

  • 13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
  • CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
  • Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 ptg
  • Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan penceroboh)
  • Tiada Anggota Keselamatan yang tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
  • Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
  • Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban
  • Gambar-gambar di lokasi serangan dipertontonkan kepada media



3.40 ptg - Kawalan Di Felda Sahabat




3.30 ptg - Anggota Keselamatan memulakan operasi menggeledah rumah ke rumah di Kg. Tanjung Batu. bagi memburu pengganas.


3.05 ptg - Suspek yang ditahan juga memiliki syabu


3.00 ptg - 4 Suspek Penceroboh Ditahan Jalan Lapangan Terbang 5 KM Dari Pekan Semporna Dalam Operasi Khas jam 12 Tengahari tadi.