Ya Allah, Selamatkanlah perwira Malaysia!- senario mengerikan di Lahad Datu

Antara yang menyakitkan hati kita apabila melihat gambar-gambar ini ialah nasib anggota keselamatan kita. Mereka mengeledah sana sini demi mencari musuh negara yang bersembunyi setelah membunuh 8 anggota harapan kita.

Keinsafan akan kesukaran tugas para anggota keselamatan dalam operasi ini membuatkan gua marah dan kesal akan segala yang berlaku. Anggota keselamatan kita terdedah kepada serang hendap dan menjadi sasaran mudah pada bila-bila masa sahaja dalam operasi seperti di bawah.

Terfikir di benak hati bahawa anggota keselamatan kita tentu sahaja tidak dapat membezakan antara penduduk dengan pengganas sekiranya pengganas berpakaian seperti orang-orang kampung.
Kemungkianan pengganas berpura-pura menjadi orang kampung adalah tinggi.
Tinggi juga risiko anggota keselamatan kita
sangat terdedah.. 
Tanpa perlindungan. Semata-mata mengharapkan kasih Allah
Siapa musuh?
Ya Allah, selamatkanlah mereka!!!
Kalau dapat penceroboh tersebut, kasi robek seperti mana mereka merobek anggota keselamatan kita
Tidak kira siapa memerintah selepas PRU13, besar harapan gua agar dapat menaikkan gaji para perajurit dan polis. Lihatlah pengorbanan mereka. Tatkala kita semua bersenang lenang di rumah, mereka mempertaruhkan nyawa mempertahankan kita. Siapa pun menteri pertahanan selepas ini, tolong jangan jadi biol . Dalam ketenteraan dan kepolisan sijil mereka mungkin hanya SPM tapi hargailah pengorbanan mereka menjaga kita. Bak kata ayahanda gua mereka tahan peluru dengan dada untuk negara dan seluruh rakyat Malaysia.

SELAGI GUA HIDUP DAN WARAS GUA TIDAK AKAN LUPA KEKEJAMAN SULU