Pelajar IPT cuba bunuh diri kerana tekanan akibat dirgl

Petaling Jaya: Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen 14, di sini, selepas dipercayai dirogol pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dirogol di tempat lain sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.
Gambar Hiasan
Pengawal keselamatan di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hamdi, 30-an, berkata, ketika sedang berkawal, dia ternampak mangsa meletakkan basikalnya di kawasan belakang pasar itu dan menyangka mangsa hendak berjoging.
“Namun, selepas meronda di tingkat bawah, saya naik ke tingkat lima dan terkejut selepas ternampak wanita sama duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun.
“Apabila saya cuba menghalang, wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya,” katanya.
Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.
Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.
“Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan mengesahkan mangsa dirogol.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil.

Inilah Wajah Sebenar Bandi Amuk



Kepada peminat-peminat tegar band Amuk yang sangat popular dengan kelunakan suaranya pasti anda tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa sebenar beliau tanpa memakai topeng.

Terbaru, Bandi telah menunjukkan rupa sebenarnya dan pastinya seluruh peminat band Amuk akan gembira dengan pendedahan ini.

Bandi mendedahkan wajahnya ketika majlis persandingan anak sulungnya. Ialah takkanlah Bandi nak bertopeng pula ketika berdepan dengan besan. Takut pula besan dengan tok kadi lari apabila melihat dia kekal dengan imej begitu.

Pengakuan 4 Orang Isteri Gagal Kawal Nafsu Selepas Ditinggal Suami


suami dayus, ditinggal suami, dahaga kasih sayang, hubungan seks, gelora nafsu,

KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

LIZA, 28:
“HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor.

Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana.

Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwaterkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan.”


SHIMA, 32:
“TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untukmemuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki.

Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak boleh kerana masih terikat dengan suami.

Kali terakhir saya mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain. Selepas puas mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.

Sebab itu, kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki. Dua anak saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima saya.

Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya. Lagipun saya tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita mana sanggup diperlakukan seperti ini?

Jika masih gagal mengesannya, saya akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam. Mungkin mereka ada cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang dengan dosa.”


ROZANA, 39:
“SUAMI saya ghaib sejak 2004. Mulanya saya mengakui sangat tertekan sehingga hampir gila, tetapi berkat doa dan sokongan berterusan daripada keluarga, sedikit demi sedikit saya bangkit meneruskan hidup.

Siapa tidak tertekan apabila suami yang dicintai hilang begitu saja. Selama 20 tahun kami hidup bahagia dan intim, tetapi suami kemudian meninggalkan saya tanpa alasan serta punca.

Saya menderita zahir dan batin. Saya terpaksa bekerja keras menyara diri dan empat anak selain terlalu rindukan suami yang dulunya selalu berada di sisi.

Suami keluar dari rumah pada Oktober 2004 untuk ke tempat kerja, tetapi selepas itu ghaib. Tiada perubahan ditunjukkan kerana kami sememangnya pasangan bahagia. Memang kami tidak hidup senang, tetapi saya rasa bukan itu alasan dia (suami) menghilangkan diri.

Nak kata dia ada perempuan lain, sepanjang hidup bersama saya, tidak pula dia menunjukkan kelakuan mencurigakan.

Yang mampu saya lakukan hanya membuat laporan polis dan selama beberapa bulan saya bersama ahli keluarga lain cuba mencari suami tetapi tidak berjaya.

Bukan saja saya, malah keluarga mentua dan rakan yang rapat dengannya tidak tahu di mana suami saya. Ketika itu saya tidak kuat menghadapi dugaan ini dan hanya mampu menangis.

Makan dan tidur tidak menentu. Anak pula saya biarkan bebas sampai ada kalanya mereka ponteng sekolah. Setahun saya seperti orang gila kerana kerap berkurung di bilik dan berkhayal.

Mujur adik beradik saya membantu. Mereka tolong jaga anak saya dan cuba memulihkan saya. Mereka sentiasa beri semangat dan bawa saya berubat.

“Mereka juga sentiasa mengingatkan saya supaya banyak melakukan ibadat dan berdoa supaya dikuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang terpaksa dilalui.”

PEGAWAI TINGGI POLIS TERLAMPAU ..!

“Kes terbaharu jam 10 pagi 2 Januari lalu apabila pengadu dan rakannya masuk ke bilik pegawai berkenaan. Dia secara tiba-tiba memegang dagu seorang daripada mereka tetapi mangsa berjaya melarikan diri ke sudut lain dalam bilik berkenaan sebelum lelaki itu memeluk seorang lagi pelajar dari belakang,” katanya, semalam. 

Sumber itu berkata, pegawai berusia 40-an itu dipercayai sudah melakukan perbuatan itu beberapa kali dan pelajar berkenaan dikatakan pernah menegur tetapi tidak diendahkan. 

Buka kertas siasatan 

“Polis sudah membuka kertas siasatan mengenai aduan itu atas arahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan,” katanya. 

Bagaimanapun, sumber itu berkata, siasatan tertangguh kerana pegawai berkenaan menghilangkan diri dan pergerakannya gagal dikesan. 
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan siasatan masih diteruskan. 

Difahamkan, dua pelajar wanita itu bersama dua lagi pelajar lelaki dari sebuah kolej di sini mengadakan latihan amali di balai polis berkenaan sejak Oktober lalu dan dijadualkan berakhir menjelang akhir bulan ini. 

Setakat ini, pengurusan kolej itu juga dikatakan tidak mengetahui kejadian berkenaan.

Sumber

Wanita Ini Berkahwin Dengan Diri Sendiri? (6 Gambar)

Wanita Taiwan ini berumur 30 tahun yang bernama Chen Wei-Yih ini telah berkahwin dengan dirinya sendiri dengan alasan tidak menjumpai pasangan yang sesuai untuk dirinya. Beliau kemudiannya mengupah wedding planner dan menyewa dewan untuk menyambut majlis perkahwinan itu bersama 30 rakan yang terdekat. Perkahwinan yang berkoskan $5,675 itu menjadi berita hangat di Taiwan. A





Kisah benar daripada seorang guru tentang murid comel darjah satu ini

Nismah
Nismah

Raut wajahnya yang menenangkan,bahkan akhlak beliau juga amat dikagumi.
Sebagaimana ayahnya terkenal denga ketinggian adab, puteri kesayangan Syeikh Nuruddin ini juga mewarisi akhlak ayahandanya.
Nama diberi Nismah Mohamad Noeruddin Marbu…salah seorang pelajar SRII Al Amin…
Anak Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki…
Ini kisah yang diceritakan oleh guru beliau:
Adab Anak Seorang Alim Ulamak Kepada Gurunya
Perkongsian Ustaz Akhi Ahmad Kamil :
Orientasi para pelajar darjah 1 hari ini, berlaku satu perkara yang sangat menyentuh hati saya.
Ketika slot muhasabah, para pelajar sedang menangis, saya berkata, “Siapa yang betul-betul nak minta maaf dengan para mu’allimah (pasal majoriti mu’allimah), cepat-cepat pergi minta maaf….”
Semua masih menangis, tapi belum ada siapa yang bangun. Tiba-tiba bangun seorang anak kecil sambil teresak-esak, pergi mendapatkan salah seorang mu’allimah. Dipeluknya mu’allimah tadi seeratnya. Sungguh tinggi rasa hormat dan sayang dia kepada para gurunya.
Dan anak itu adalah Nismah Binti Nuruddin Marbu. Maafkan saya kalau ada yang rasa x suka pasal saya asyik menceritakan pasal Nismah.
Saya tidak membezakan antara semua anak murid saya. Semuanya saya sayang. Tapi ketinggian ADAB yang membezakan mereka.
Dan adab itu diwarisi daripada ayahandanya, yang sangat masyhur sebagai seorang ulama yang sangat beradab dengan ilmu.
[kredit kisah dan gambar kepada seorang sahabat]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

Seorang penjawat awam ditembak dan isterinya dilarikan penyamun

Gambar Hiasan Carian Google
Gambar Hiasan Carian Google


SHAH ALAM 5 Jan. – Seorang penjawat awam bukan sahaja cedera di bahagian perut akibat ditembak dua penjenayah tetapi keretanya turut dilarikan bersama isterinya dalam kejadian samun di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Puchong semalam.
Mangsa Nazaruddin Mat Ali @ Ibrahim, 35, yang bertugas di Kuantan, Pahang ketika itu dalam perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih dengan menaiki kereta bersama isterinya, Alawiyah Harun, 35.
Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, kereta Nazaruddin telah dilanggar dari belakang oleh dua suspek lelaki yang menaiki kereta menyebabkan mangsa berhenti dan keluar daripada kenderaannya.
Sebaik sahaja keluar, suspek terus meluru memasuki kereta mangsa dan ketika Nazaruddin cuba menariknya keluar, lelaki itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan menyebabkannya rebah di atas jalan raya.
Suspek seterusnya melarikan kereta mangsa bersama isterinya sebelum wanita berkenaan diturunkan berhampiran Petronas Bangi dan diselamatkan oleh anggota polis.
Barangan milik isteri mangsa seperti rantai leher, gelang tangan dan dua telefon bimbit disamun.
Kereta mangsa yang dilarikan ditemui semula di Jalan Persiaran, Bangi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan masih dijalankan.
Katanya, mangsa kini stabil dan menerima rawatan di Hospital Serdang manakala isteri mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
- Utusan Melayu