Inilah Wajah Sebenar Bandi Amuk



Kepada peminat-peminat tegar band Amuk yang sangat popular dengan kelunakan suaranya pasti anda tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa sebenar beliau tanpa memakai topeng.

Terbaru, Bandi telah menunjukkan rupa sebenarnya dan pastinya seluruh peminat band Amuk akan gembira dengan pendedahan ini.

Bandi mendedahkan wajahnya ketika majlis persandingan anak sulungnya. Ialah takkanlah Bandi nak bertopeng pula ketika berdepan dengan besan. Takut pula besan dengan tok kadi lari apabila melihat dia kekal dengan imej begitu.